saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/12/2001

Saingan sengit di APM 2001

SELEPAS mencatat kejayaan luar biasa di penganjuran pertama Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura tahun lalu, penganjuran yang sama akan diadakan Januari depan.

APM yang menggabungkan karyawan muzik dari tiga negara ASEAN iaitu Singapura, Indonesia dan Malaysia dijangka menyaksikan persaingan yang lebih sengit.

APM 2001 sekali lagi menyaksikan pertambahan pencalonan artis-artis dari Malaysia selain Indonesia dan tuan rumah, Singapura.

Menurut jurucakap APM 2001 (Malaysia), Nur Yusnita Omar, untuk penganjuran akan datang sebanyak 17 anugerah akan dipertandingkan bagi acara berprestij ini.

Antara 17 anugerah yang dipertandingkan ialah anugerah Lagu Terbaik, Artis Wanita Terbaik dan Lagu Paling Popular.

Kata Nur Yusnita, tempoh kelayakan bagi lagu-lagu yang akan dicalonkan untuk APM 2001 ialah dari 1 November 2000 hingga 31 Oktober 2001.

``Senarai terperinci bagi artis-artis yang dicalonkan hanya akan diumumkan tidak lama lagi. Kini kesemua ahli jawatankuasa penganjur dari ketiga-tiga negara sedang membuat penghakiman,'' katanya kepada Mingguan.

APM 2001 dianjurkan oleh MediaCorp Radio Singapore yang bermatlamat memberi pengiktirafan kepada karyawan muzik dari Indonesia, Singapura dan Malaysia.

APM merupakan sebuah pertandingan mirip kepada majlis Anugerah Industri Muzik (AIM).

Penganjuran APM turut mendapat sokongan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Persatuan Industri Rakaman Indonesia (ASIRI) dan Persatuan Karyawan Muzik Singapura (PEKAMUS).

Peminat muzik dari ketiga-tiga negara juga diberi peluang untuk mengundi artis kegemaran mereka melalui tele-pol dan internet.

Pada APM 2000, penyanyi terkenal Siti Nurhaliza dan M. Nasir mendapat pengiktirafan terbesar dengan menewaskan nama-nama hebat lain dari Indonesia dan Singapura.

Bagi tahun ini pula, siapa yang bakal menang masih terlalu awal untuk diramalkan.

Menurut Nur Yusnita, APM 2001 yang akan diadakan di Singapore Expo pada 26 Januari depan akan dikendalikan oleh penyanyi terkenal Malaysia, Syafinaz Selamat, Sarah Sechan (Indonesia) dan Adi Rahman (Singapura).

Artis-artis terkenal seperti Kris Dayanti, Sheila Majid, Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Ferhad, Hetty Sarlene dan ramai lagi akan muncul sebagai penyanyi undangan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.