saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 14/12/2001

Tiga pemain Selangor sertai Melaka

TIGA bekas pemain Selangor dan tiga lagi dari Kelantan disenarai dalam skuad Kancil musim depan untuk mengharungi cabaran Liga Perdana Satu. Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) Datuk Ibrahim Durum berkata, tiga bekas Selangor itu ialah Mohd Arsyah Mohd Ayob, Nazim Mydin Bacha Mydin dan Nazrulerwan Makmor.

Ketiga-tiga mereka adalah pemain pertahanan. Mereka akan digandingkan dengan tiga pemain pertahanan Kelantan Rosli Omar, Azaha Aziz dan Mohd Armi Shariff.

Ibrahim berkata, skuad Melaka musim ini dibimbing jurulatih baru Mohd. Shah Alias Norbit yang menggantikan Remeli Junit.

Pasukan Melaka musim ini juga akan diperkuatkan dengan bekas pemain negeri itu, Halim Jantan yang sebelum ini bermain untuk Sarawak.

Antara pemain tunggak Melaka yang dikekalkan musim ini ialah pemain veteran A. Zainal Rahim (penjaga gol), pemain pertahanan Khairul Azuar Kamirun dan pemain midfield Rashid Mahmud dan Tuan Rosli Tuan Shaari.

Ibrahim berkata, pasukan Melaka akan menjalani latihan ala tentera selama seminggu di Kem Komando Sungai Udang bermula Jumaat depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.