saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 14/12/2001

Naik pangkat - Tiada tekanan tolak tawaran

KESATUAN pengetua dan guru besar menolak anggapan bahawa ramai daripada mereka enggan menerima tawaran kenaikan pangkat kerana tidak tahan dengan karenah birokrasi dari Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Malah mereka menyifatkan arahan dan karenah di kalangan pegawai-pegawai atasan di Kementerian Pendidikan merupakan suatu perkara lumrah yang perlu dihadapi oleh seseorang pengetua atau guru besar.

Namun begitu, Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru besar Malaysia, Sanip Suradi berkata, perkara tersebut bukan alasan utama menyebabkan guru-guru menolak tawaran menyandang jawatan sebagai pengetua atau guru besar.

Ini kerana katanya, masalah birokrasi bukan sahaja berlaku di Kementerian Pendidikan sahaja, malah ia juga terjadi di jabatan-jabatan lain.

``Apabila seseorang sudah memegang jawatan yang lebih besar sudah tentu dia akan menghadapi beban tugas yang lebih besar tetapi itu semua adalah perkara biasa bagi seseorang guru besar ataupun pengetua,'' katanya.

Namun begitu beliau berkata, terdapat banyak alasan menyebabkan guru-guru tidak berminat untuk menyandang jawatan guru besar atau pengetua.

Menurutnya, antara sebab lain guru-guru tidak berminat untuk menyandang jawatan tersebut ialah mereka juga berpeluang menikmati pendapatan sama seperti guru besar atau pengetua tanpa memegang jawatan itu.

``Guru-guru biasa berpeluang dinaikkan ke gred DG2 tanpa menjadi seorang guru besar atau pengetua berdasarkan masa perkhidmatan ataupun dia seorang guru cemerlang,'' katanya.

Ini juga memudahkan guru-guru berkenaan kerana ia tidak melibatkan banyak urusan terutama dari segi pertukaran tempat bertugas.

Mengenai cabaran yang semakin membebankan, beliau berkata, semua guru perlu bersiap sedia menghadapi perkara tersebut.

``Pengurusan sekolah kini amat berbeza berbanding lima tahun lalu, justeru itu guru-guru perlu mengikut keadaan semasa,'' katanya.

Baru-baru ini Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Tengku Habsah Tengku Petera berkata, banyak guru yang tidak berminat untuk memegang jawatan pengetua atau guru besar kerana masalah birokrasi Kementerian Pendidikan.

Menurut beliau, kira-kira 40 peratus guru menolak tawaran menyandang jawatan tersebut kerana tidak sanggup menanggung beban birokrasi daripada pihak berkenaan.

Sementara itu, Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah, Alimuddin Mohd Dom juga menolak tanggapan guru tidak berminat dengan jawatan tersebut.

Beliau difahamkan bahawa Kementerian Pendidikan menerima beribu-ribu permohonan daripada guru-guru untuk mengikuti kursus kepengetuaan yang dikendalikan Institut Aminuddin Baki (IAB).

`Saya difahamkan kementerian terpaksa menapis permohonan tersebut kerana terlalu banyak permintaan,'' katanya.

Kursus berkenaan dijalankan selama setahun untuk guru-guru yang turut dikendalikan bersama-sama Institut Pengetua Universiti Malaya (UM).

Menurutnya, guru-guru digalakkan untuk turut melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana semasa mengikuti kursus berkenaan.

Setiap peserta yang tamat latihan akan dikurniakan Sijil Kepengetuaan tetapi mereka tidak semestinya terus ditawarkan ke jawatan berkenaan.

``Jawatan tersebut hanya akan ditawarkan berdasar kekosongan, kekananan seseorang guru dengan sokongan pengetua dan jabatan,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.