saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/12/2001

Keluarga besar Jalaluddin Hassan

DALAM keluarga tokoh agama Datuk Hassan Azhari, anak-anak beliau seperti Datuk Musa Hassan, Datuk Fuad Hassan dan Jalaluddin Hassan sudah lama terkenal di Malaysia.

Ketiga-tiga anak lelaki tokoh yang cukup dihormati itu dikenali kerana latar belakang profesion mereka.

Antara Musa, Fuad dan Jalaluddin, sudah tentu umum sependapat mengatakan bahawa Jalaluddin merupakan insan yang jauh lebih glamor daripada abang-abangnya.

Ini kerana dia menyertai bidang seni iaitu bidang yang mendedahkan mana-mana individu kepada cahaya dan kerlipan glamor.

Biarpun begitu, kala mendekati aktor itu yang cukup dikenali ramai kerana jiwa romantiknya pada satu majlis di kediaman abang keduanya, Fuad, apa yang dapat diperhatikan ialah hubungan kekeluargaan Jalaluddin dengan anggota keluarganya begitu akrab.

Jalaluddin mengakui, ibu dan bapanya begitu menekankan hubungan persaudaraan sesama adik-beradik.

Kata beliau, keluarga besar itu tidak perlu menunggu lebaran untuk berhimpun.

Jalaluddin yang merupakan bapa kepada lapan orang cahaya mata berkata, adik-beradiknya kerap mengadakan majlis makan semata-mata untuk berhimpun sesama anggota keluarga.

``Hubungan kekeluargaan kami begitu rapat dan apabila berkumpul, ia bagaikan satu perhimpunan yang cukup meriah.

``Kami sering bertukar-tukar lokasi bermula dengan rumah saudara kandung sulung dahulu, diikuti dengan adik-adik lain,'' kata Jalaluddin.

Ketika merakamkan foto keluarga itu, keluarga besar Jalaluddin berhimpun di rumah abang keduanya, Fuad di Ampang Jaya, Selangor.

Seperti juga orang lain, pada setiap pagihari raya Aidilfitri, Jalaluddin dan adik-beradiknya akan berkumpul di rumah Abuya (panggilan untuk bapa mereka).

``Kemudian, kami akan mengatur rumah adik-beradik lain yang akan dikunjungi satu persatu. Ini bagaikan sudah menjadi satu tradisi buat kami dan insya-Allah saya akan cuba tanamkan tradisi ini pada anak-anak saya pula,'' kata Jalaluddin.

Isterinya, Hashimah Mad Ehsan hanya tersenyum.

Ditanya mengenai sambutan hari raya Aidilfitri baru-baru ini, Jalaluddin berkata, seperti lazimnya dia dan isterinya Hashimah lebih banyak membuat persiapan untuk anak-anak.

``Saya dah tua dah,'' Jalaluddin berseloroh sebelum mengakhiri perbualan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.