saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/12/2001

Aura nyanyikan kisah Nabi

Album Baru
Artis: Kumpulan Aura
Album: Kisah-Kisah Nabi
Penerbit: Jef Hazimin Jaafar
Edaran: Telaga Biru Sdn.Bhd
Mungkin banyak yang telah melihat gelagat anggota Aura dalam rancangan Kisah-Kisah Nabi yang disiarkan di TV3 baru-baru ini. Sememangnya Kisah Kisah Nabi patut dijadikan panduan kerana di dalamnya terdapat banyak saranan yang berfaedah.

Kini peminat berpeluang menikmati dendangan lagu kumpulan Aura menerusi album Kisah Kisah Nabi.

Aura adalah kumpulan nasyid kanak-kanak yang berbakat dari segi suara dan gaya persembahan. Kehadiran mereka diharap dapat menceriakan lagi muzik nasyid tempatan.

Kisah Kisah Nabi merupakan sebuah album kreatif yang harus dimiliki oleh semua keluarga kerana pendekatan yang ditonjol amat menarik dan memberi bimbingan.

Menerusi album yang dinyanyikan oleh Hariz dan Hamiz Mohd. Radzi, Mohamad Anif Adenan dan Raja Shah Hanis Raja Shaidi, kanak-kanak berpeluang mendengar kisah nabi melalui lirik.

Konsep yang berbeza ini bertujuan memberi nafas baru kepada konsep persembahan nasyid yang lebih kreatif dan sesuai dengan peredaran zaman.

Selain itu album ini juga bertujuan untuk memudahkan kanak-kanak mengetahui cerita nabi menerusi lagu yang diperdengarkan.

Dalam album yang telah berada di pasaran sejak sebulan lalu, pendengar terutamanya kanak-kanak dapat mengikuti kisah Nabi Yusuf a.s (Sebelas Bintang), Nabi Nuh a.s (Bahtera Nuh), Nabi Musa a.s & Firaun (Peti Bayi Kecil), Nabi Ibrahim a.s (Namrud Lawan Nyamuk), Nabi Yunus a.s (Ditelan Ikan Nun) dan nabi Muhammad s.a.w serta cerita-cerita menarik lain.

Kebanyakan lagu-lagu dalam album ini lebih menjurus kepada irama pop tapi masih lagi mengekalkan elemen muzik nasyid.

Penyampaian cerita menerusi lagu diyakini dapat memudahkan kanak-kanak mengingati cerita bersejarah dengan pantas.

Kelahiran album ini juga diharap dapat menarik perhatian dan minat kanak-kanak untuk mengagumi tokoh-tokoh Islam sekali gus menjadikan sebagai idola yang terbaik untuk mendidik diri dan masyarakat.

Selain dari cerita para nabi, peminat juga disalurkan dengan cerita-cerita berunsur nasihat seperti lagu Rumahku Syurgaku dan Qarun (Si Kaya Yang Engkar).

Lagu-lagu lain yang terdapat dalam album ini ialah Al-Anbiya dan Dengarlah Kisah Nabi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.