saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/12/2001

Perikanan rancang beli lima kapal ronda

KUALA TERENGGANU 27 Dis. - Jabatan Perikanan merancang membeli lima lagi kapal ronda besar bagi memantapkan operasi mengawasi perairan negara termasuk menangani pencerobohan nelayan asing.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Junaidi Che Ayub berkata, jabatan itu memerlukan kapal yang lebih besar berbanding kapal ronda biasa selaras dengan perairan negara yang luas terutama di Laut China Selatan.

Tanpa menyebut anggaran kos pembelian kapal tersebut beliau berkata, cadangan menggunakan kapal sepanjang 26 meter itu terkandung dalam Rancangan Malaysia Kelapan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kapal ronda KPS Semilang VI oleh syarikat pembuat kapal tempatan KAY Marine Sdn. Bhd. di limbungan Bukit Tumbuh di sini, hari ini.

Dengan penyerahan itu, Jabatan Perikanan kini mempunyai 11 buah kapal ronda 17 meter panjang yang struktur utamanya diperbuat daripada aluminium.

Junaidi berkata, kapal bernilai RM3.8 juta dengan kelajuan 30 knot itu akan ditempatkan di Kuala Kedah bagi mengawasi perairan laut di utara Semenanjung.

``Penggunaan kapal berstruktur aluminium penting dalam meningkatkan kelajuan kapal serta bagi mengurangkan masalah karat yang biasa berlaku pada kapal yang diperbuat menggunakan besi keluli.

``Selain rondaan mengawasi perairan, kapal tersebut berfungsi bagi gerakan mencari dan menyelamat serta bantuan kes-kes tumpahan minyak dan sebagainya,'' ujar beliau.

Beliau yang turut meninjau kapal tersebut berpuas hati dengan peralatan dan prestasinya selain menjimatkan kos penyelenggaraan berbanding kapal diperbuat daripada kayu dan keluli.

Sementara itu, Pengarah Urusan KAY Marine, Khamarudin Mansor berkata, syarikat itu mempunyai 175 tenaga kerja yang mempunyai kepakaran dalam membuat bot dan kapal daripada aluminium.

``Tenaga kerja kita dilatih khusus selama dua tahun oleh pakar dari Australia bagi membuat bot jenis ini. Ia lebih laju iaitu bagi yang bersaiz 17 meter boleh mencapai 30 knot berbanding 26 knot bot diperbuat daripada keluli.

``Malah dengan reka bentuk yang sama kita boleh diperbesarkan lagi mengikut keperluan,'' katanya.

Khamarudin berkata, pihaknya kini sedang menyiapkan tempahan 60 buah bot tempur 5.4 meter bagi kegunaan Tentera Darat yang dijangka disiapkan pada Mac 2002.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:32
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.