saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/12/2001

New Boys berlakon dalam telemovie

MENYEDARI populariti kumpulan remaja New Boyz masih belum digugat, syarikat rakaman Suria Record (SRC) membuat pelbagai perancangan untuk mengekalkan populariti tersebut.

Menjelang tahun 2002, New Boyz yang dianggotai oleh Tomok, Along, Jay, Lan dan Zack bakal mencipta sejarah baru dalam karier seni mereka.

Selepas menempa kemasyhuran menerusi tiga buah album iaitu Sejarah Mungkin Berulang, Akur dan terbaru Wirama, New Boyz sudah bersedia melangkah ke dunia lakonan pula.

Menurut Pengurus Perhubungan Awam SRC, Bard, New Boyz bakal menjadi artis pertama berlakon di dalam telemovie istimewa yang akan diterbitkan oleh syarikat rakaman SRC.

Telemovie untuk pasaran video cakera padat (VCD) itu, kata Bard, akan diarahkan oleh personaliti terkenal, Azwan Ali.

``Telemovie itu berkonsepkan hiburan humor dan penerbitan tersebut dibuat oleh SRC sebagai menghargai sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi kepada kumpulan New Boyz,'' kata Bard kepada Pancaindera.

Menurut Bard, mengikut perancangan, rakaman telemovie itu akan bermula penghujung bulan depan.

``Kami menjangkakan telemovie yang akan dijual dalam bentuk vcd ini akan menarik perhatian kerana jarang-jarang sekali usaha sebegini dilakukan oleh syarikat rakaman tempatan,'' jelasnya.

Bard tidak menolak kemungkinan telemovie itu akan mengundang artis-artis terkenal lain sebagai memeriahkan lagi suasana.

Mengenai pemilihan Azwan untuk mengarahkan telemovie itu pula, Bard berkata, Azwan dipilih kerana SRC yakin dengan kemampuannya dalam mengarahkan rancangan-rancangan hiburan humor sebelum ini.

``Azwan mempunyai rekod menghasilkan beberapa rancangan hiburan humor yang popular dan kerana itu kami menggunakan khidmatnya,'' kata Bard.

Selain akan sibuk dengan jadual penggambaran telemovie itu, Bard turut memberitahu, tahun 2002 juga akan menyaksikan kesibukan New Boyz menjayakan konsert jelajah Malaysia yang akan bermula pada bulan Mac depan.

Menurut Bard, New Boyz akan terbabit dalam siri konsert di 20 buah tempat yang telah disahkan. Selain New Boyz, seorang lagi artis SRC yang akan terbabit dalam siri jelajah bersama New Boyz ialah Liza Hanim.

``Sudah tentu berita ini akan menggembirakan peminat-peminat New Boyz.''

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.