saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/01/2002

Yang suka yang duka 2001

Tahun 2001 telah berlalu pergi dan kini kita melangkah ke gerbang 2002. Selain bersiap sedia untuk menempuh cabaran yang datang, kita juga tidak lupa mengimbas beberapa cacatan penting setahun yang lalu.

Seperti biasa ada cacatan manis yang dilalui penggiat dalam dunia hiburan. Berjaya dan bersorak girang dengan kejayaan masing-masing.

Tetapi ada juga beberapa cacatan pahit yang menjadi pelengkap dan renungan kepada sebuah kehidupan. Suka dan duka saling bertaup antara satu dengan lain.

YANG SUKA
- Dramatis Ellie Suriaty Omar dipilih sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Spining Gasing di Festival Filem Cinefan di New Delhi, India.

- Datuk S.M Salim atau nama sebenarnya Salim Sheikh Mohamad, 73, menerima darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Hari Keputeraan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 2 Jun lalu.

``Saya dapat anugerah ini bukanlah kerana diri saya semata-mata tetapi atas sokongan semua artis yang ada. Untungnya saya cuma dapat ketika masih hidup,'' kata SM Salim.

- Penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records sebagai artis yang paling banyak memperolehi anugerah dalam tempoh lima tahun pembabitannya dalam bidang seni. Penyanyi yang berusia 22 ini telah memperolehi 53 anugerah.

- Anugerah Sri Angkasa 2001 anjuran RTM yang diadakan pada 29 Julai lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mencatat sejarah sebagai majlis penganugerahan yang paling panjang di negara ini. Anugerah Sri Angkasa mempertandingkan 62 kategori yang mengambil masa selama empat jam.

- Penyanyi Jamal Abdillah membuat konsert solo pertama setelah 25 tahun menjadi penyanyi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 Ogos lalu. Dalam konsert hampir dua jam itu Jamal, bekas juara Bintang RTM telah menyanyikan hampir kesemua lagu-lagu yang pernah dirakamkan sebelum ini.

- Kumpulan GT Boyz berjaya mengharumkan nama negara dalam Festival Music Asia Shanghai pada November lalu. GT Boyz yang mendendangkan lagu Generasi 2000 menerima anugerah untuk Persembahan Tarian Terbaik.

- Penyanyi Syura, 15, dipilih sebagai Artis Muda Paling Berpotensi menerusi Festival Music Asia Shanghai sewaktu mewakili negara pada November lalu.

YANG DUKA
- Radio Era mencatat kenangan pahit apabila tersilap mengumumkan berita kemangkatan Yang di-Pertuan Agong, pada 2 Oktober lalu yang ketika itu sedangkan menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth di Singapura.

- Ketua kumpulan Raihan, Azahari Ahmad, 33, meninggal dunia di Genting Highlands pada 29 September lalu sewaktu menghadiri malam Anugerah Era 2001.

- Penyanyi dan pelakon 60-an, M.Osman yang berusia 61 tahun meninggal dunia pada pukul 2.10 pagi 28 Julai lalu kerana diserang penyakit angin ahmar. Jenazahnya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Selaseh, Taman Seri Gombak.

- Pelakon yang popular dengan watak Uncle Stanley dalam Spanar Jaya, Chin Kia Shin atau Rambo Chin, 57 meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan (HUKM), Cheras pada 5 Ogos lalu kerana sakit jantung.

- Penyanyi jazz veteran Zain Azman, 66, meninggal pada 18 Januari lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana barah otak. Zain atau nama sebenarnya Abdul Aziz Majid telah mengabdikan diri selama 45 tahun dalam bidang nyanyian. Semasa hayatnya, Zain mencipta nama sebagai penyanyi Melayu pertama yang menjalani rakaman album di England.

- Penyanyi veteran Fazidah Joned yang popular dengan lagu Selamat Hari Raya meninggal dunia pada 1 Jun lalu di Hospital Selayang kerana penyakit ketumbuhan di bahagian usus. Fazidah atau nama sebenarnya Fadila Mohd. Jonid, 57, dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Badak, Klang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.