saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/01/2002

Yasin Dan Dayang suntik dimensi baru

SEMINGGU dua kebelakangan ini, dua muka baru yang menguasai Juara Lagu 2001, Yasin dan Dayang Nurfaizah semakin panas diperkatakan oleh umum.

Saham kedua-dua penyanyi yang memperjuangkan muzik yang berbeza dilihat semakin meningkat naik.

Yasin dan Dayang meneruskan tradisi mereka yang pernah menjuarai Juara Lagu mengetepikan kepentingan peribadi.

Sebaliknya, kedua-dua penghibur muda itu menjadikan kemenangan sebagai laluan untuk mereka memperluaskan lagi penaklukan muzik Melayu di dalam industri muzik tanah air.

Mengetepikan nama-nama besar yang selama ini pernah menjadi tonggak kekuatan sesebuah pertandingan di negara ini juga bagi mereka bukanlah matlamat utama mereka menceburi bidang ini.

``Sebaliknya, saya banyak belajar daripada karyawan dan penggiat muzik senior. Misalnya, saya tidak nafikan muzik dan karya M. Nasir banyak mempengaruhi saya.

``Cuma kali ini rezeki menyebelahi saya dan secara peribadi saya akui saya begitu terkejut dengan kemenangan ini,'' ujar Yasin, pencipta, penyanyi dan penulis lirik lagu Mimpi Laila yang meraih kemenangan besar pada malam Juara Lagu 2001, Ahad lalu.

Yasin juga percaya kemenangan yang berpihak kepadanya barangkali ada hubung kaitnya dengan apa yang lahir dari ketulusan hatinya.

``Saya percaya sebuah karya yang dilahirkan secara jujur itu jauh lebih penting daripada segala-galanya,'' akuinya lagi.

Kemenangan Yasin mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini ramai yang menjangkakan karya M. Nasir iaitu Raikan Cinta dilihat begitu menonjol dan mempunyai potensi yang cukup cerah. Biarpun begitu, ramalan itu meleset sama sekali, apabila Yasin membuka ruang baru bagi karyawan muda sepertinya untuk menawan industri muzik tanah air.

Ditanya mengenai senario dominasi baru Juara Lagu oleh barisan karyawan muda pula, Yasin berkata, itu memberikan satu petanda baik untuk perkembangan industri muzik tanah air.

``Saya mengharapkan selepas ini arus industri muzik akan berubah dan ini merupakan satu tanggungjawab yang cukup besar buat saya,'' tegas Yasin lagi.

Benarlah kata sesetengah pihak, biarpun Juara Lagu mempertaruhkan sesebuah lagu ciptaan komposer, pada satu aspek lain pertandingan itu dilihat sebagai platform terbaik untuk seseorang penyanyi itu mempamerkan kemampuan mereka.

Penyanyi Dayang misalnya, membuktikan kepada umum kemantapan vokal yang baik yang ada padanya merupakan aset yang penting seiring dengan lagu yang dihasilkan juga bermutu tinggi.

Penyanyi muda yang berasal dari Kuching, Sarawak ini mengakui dia begitu bertuah kerana berpeluang bekerjasama dengan komposer yang mempunyai idea yang kreatif dan inovatif.

``Alhamdulillah. Dayang sendiri terkejut dengan kemenangan ini. Apa pun, Dayang percaya kemenangan ini perlu mengambil kira gabungan kerjasama antara penyanyi, komposer dan penulis lirik,'' ujarnya.

Dayang yang menyampaikan lagu Seandainya Masih Ada Cinta ciptaan Ajai melayakkan dia dan Ajai berkongsi kemenangan bagi kategori Balada.

Meskipun sudah mencatat sejarah tersendiri, Dayang tidak menafikan, debarannya pada malam tersebut begitu memuncak lebih-lebih lagi apabila terpaksa berdepan dengan saingan yang sengit.

``Bayangkan saya perlu bersaing dengan penyanyi-penyanyi senior yang hebat dan berpengalaman. Ia sememangnya memberi tekanan tetapi saya gembira kerana inilah kemuncak bagi kejayaan saya pada tahun 2001,'' ujar Dayang lagi.

Bagi Dayang, kemenangan ini juga menyuntik semangat baru baginya untuk memastikan masa depannya dalam bidang seni terjamin.

Sementara itu, Siti Nurhaliza, dilihat begitu sporting dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada teman seangkatannya, Dayang Nurfaizah.

``Saya gembira dengan kemenangan Dayang dan Yasin. Begitu juga dengan persembahan artis-artis lain yang mempamerkan persembahan bertenaga,'' ujar Siti yang merangkul anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu Ya Maulai dan juara kategori pop rock bagi lagu Engkau Bagaikan Permata.

Siti turut mempertaruhkan lagu Ya Maulai ciptaan Pak Ngah di bawah kategori etnik kreatif dan Percayalah (Balada) ciptaan Ajai.

Lain-lain penyanyi dan komposer yang bertanding di malam Juara Lagu 2001 ialah Raikan Cinta (M. Nasir), Desa Tercinta (Nora/ Johan Nawawi), Marilah Maria (Def-Gab-C/ Masterpiece), Bahagia (Dayang/ Ajai), Maafkanku (Nurul/Ajai/Ajai), Andainya Ku Bersuara (Liza Hanim/Azmeer) dan Menyemai Cinta Bersamamu (Nora/Azlan Abu Hassan). - DEAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.