saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 09/01/2002

Issifu berniat ke Terengganu

PEMAIN Ghana yang pernah mewakili Terengganu pada 1998, Seidu Issifu, berminat untuk kembali menyarung jersi pasukan itu untuk Liga Perdana musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berkata, Issidu telah menghubungi beliau dan menawarkan diri untuk berkhidmat dengan juara Piala Malaysia itu.

``Pagi semalam Issifu menghubungi saya lagi dengan harapan Terengganu memberi peluang kepadanya tetapi saya belum memberi jawapan,'' katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.

Pemain tengah itu yang kini bermain di Qatar, merupakan seorang daripada pemain import yang membantu Terengganu menjuarai Liga Perdana Dua serta beraksi dalam pertandingan akhir Piala Malaysia menentang Perak pada 1998.

Setakat ini, Terengganu belum mengambil sebarang pemain import bagi memperkuatkan pasukan itu disebabkan persatuan menghadapi masalah kewangan.

Che Mat berkata Issidu memberitahunya bahawa dia sanggup mewakili pasukan Terengganu sekalipun gajinya setaraf dengan pemain-pemain tempatan.

``Dalam erti kata lain, Issifu sanggup menolak segala kemewahan asalkan beliau dapat bermain dengan pasukan Terengganu,'' katanya.

Che Mat berkata untuk mengambil seorang pemain import, Terengganu perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM300,000 untuk cagaran bank, membayar gaji serta menyediakan tempat tinggal dan kenderaan kepada pemain berkenaan.

``Ini di luar kemampuan Terengganu,'' katanya.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.