saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 10/01/2002

Bahang Sukma mula dirasai

BAHANG temasya Sukan Malaysia IX (Sukma IX 2002) yang akan berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah selama 10 hari pada 5 hingga 14 September tahun ini mulai dirasa.

Ini dapat dilihat dengan kerja-kerja menyiapkan prasarana Sukma IX yang sedang berjalan rancak dan hampir disiapkan meliputi semua gelanggang yang bakal digunakan nanti.

Antara kerja-kerja menyiapkan prasarana itu ialah pengubahsuaian gelanggang utama di Kompleks Sukan Likas yang sebelum ini bernilai RM113 juta.

Kosnya kini mampu dikurangkan kepada RM73 juta dan dijangka siap pada Jun ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Chong Kah Kiat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sukma IX berkata, sebanyak 27 acara sukan termasuk dua acara baru iaitu lawan pedang dan judo akan dipertandingkan pada temasya sukan tersebut.

Justeru sebanyak 339 butir pingat emas, 339 perak dan 404 gangsa bakal menjadi rebutan apabila Sabah buat pertama kalinya menganjurkan temasya sukan terbesar bagi negara ini.

Majlis pembukaan Sukma IX itu akan berlangsung di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu pada malam 5 September dan dijangka akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai.

Sementara majlis penutupan akan disempurnakan pada 14 September oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Chong berkata, majlis pengundian bagi acara berpasukan Sukma IX akan berlangsung pada 15 Julai ini.

Menurutnya, majlis penerimaan obor Sukma IX itu akan berlangsung pada 1 Ogos ini di Kota Kinabalu apabila obor itu akan diserahkan oleh Pulau Pinang selaku tuan rumah Sukma VIII kepada Sabah.

Kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu akan dijadikan perkampungan Sukma IX.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.