saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 10/01/2002

Pengimbas thermal boleh kesan penipu

Satu pasukan saintis Amerika Syarikat melaporkan Khamis lepas kejayaan mereka membangunkan teknologi pengimejan thermal muka yang boleh membantu mengesan perampas atau pengebom kapal terbang di kaunter pintu masuk balai berlepas lapangan terbang.

Teknik tersebut, yang diterbitkan dalam jurnal sains mingguan Nature, mengesan perubahan kecil suhu kulit di sekitar mata manusia.

Kawasan kecil ini akan menjadi kemerah-merahan apabila seseorang individu menipu, walaupun perubahan itu mungkin tidak kelihatan pada pandangan mata biasa.

Pasukan penyelidik yang diketuai oleh James Levine dari Endocrine Research Unit dari Mayo Clinic, Minnesota, membuat rumusan itu berdasarkan kajian ke atas 20 sukarelawan, di mana mereka telah melalui set pertanyaan yang serupa mengenai jenayah yang mereka diminta melakukan.

Dengan menggunakan kamera pengimejan thermal definisi tinggi, Levine berjaya mengesan enam daripada lapan sukarelawan ``bersalah'' dengan tepat dan mengesan 11 daripada 12 individu yang ``tidak bersalah''.

Ujian-ujian poligraf tradisional, yang menggunakan sukarelawan serupa oleh pakar-pakar dari Institut Poligraf dari jabatan pertahanan AS, kemungkinan besar hanya akan mengesan enam daripada lapan sukarelawan ``yang bersalah'' itu.

Levine berkata teknik itu merupakan satu kelebihan besar di tempat-tempat sesak seperti lapangan terbang, di mana keselamatan perlu sentiasa diawasi dalam waktu yang amat singkat.

Teknologi pengimbasan thermal boleh dilakukan oleh kerani kaunter tidak berpengalaman atau pengawal keselamatan untuk mengenal pasti sama ada seseorang penumpang itu menipu atau tidak.

Ini kerana kawasan-kawasan kulit lebih panas di sekeliling mata manusia akan dipaparkan di skrin pengawasan dalam warna merah, oren dan kuning, bergantung kepada suhu kulit mereka pada ketika itu.

Para penyelidik tersebut berkata idea itu adalah cetusan daripada penemuan sebelum ini, di mana apabila seseorang individu mendengar bunyi bising mengejutkan, darah akan berderu ke kulit di sekeliling mata, sekali gus memberikan ``tanda tangan thermal'' muka yang spesifik dan unik.

Perubahan muka itu dipercayai dicetuskan oleh sistem saraf simpatetik dalam respons lawan-atau lari (fight-or-flight) yang merupakan warisan keupayaan survival manusia.

Teori Levine itu memanfaatkan respons yang serupa yang tercetus apabila seseorang individu itu menipu, kerana membuat alasan juga dilihat sebagai satu daripada mekanisme survival manusia. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.