saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/01/2002

Tayangan Unggul - Lima filem diterbit tahun ini

Syarikat penerbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. akan menghasilkan sekurang-kurangnya lima filem sepanjang tahun ini. Syarikat itu kini telah siap menghasilkan dua filem iaitu Idola dan KL Menjerit.

Penerbit Penyelaras syarikat berkenaan, Jurey Latiff Rosli berkata, sehingga kini, tiga daripada lima filem itu akan diarahkan oleh Aziz M. Osman.

Sementara untuk dua filem lagi, pihak Tayangan Unggul sedang dalam perbincangan dengan beberapa pengarah filem tempatan.

Aziz telah mengarah filem Idola yang akan ditayangkan kepada umum tidak lama lagi.

``Aziz menjadi pilihan setelah kami melihat hasil kerja yang membanggakan dalam filem usaha sama pertama kami, Idola,'' jelasnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Tayangan Unggul di Finas, Rabu lalu.

Tayangan Unggul juga pernah menerbitkan filem arahan Along Kamaruddin berjudul Sara.

Bagaimanapun filem itu gagal di pasaran dan hanya mencatat kutipan sebanyak RM200,000 meskipun dihasilkan dengan kos RM1.1 juta.

``Kegagalan itu tidak melemahkan semangat kami untuk muncul dengan filem terbaru,'' kata Jurey lagi.

Menurut Jurey, Tayangan Unggul berusaha untuk menampilkan muka-muka baru dalam filem terbitan mereka sebagai memberi kelainan dan juga peluang.

Meskipun bakat baru berkenaan belum menyerlah dalam bidang lakonan, Jurey menganggap itu sesuatu yang perlu dilakukan agar industri perfileman melahirkan lebih ramai pelakon berbakat.

Menerusi filem KL Menjerit, Tayangan Unggul memberi peluang dan kepercayaan kepada penyanyi Liza Hanim untuk muncul sebagai pelakon. Filem ini merupakan filem pertama Liza Hanim.

``Kita tidak boleh mengharapkan kepada pelakon seperti Erra Fazira semata-mata, sebaliknya perlu melahirkan lebih banyak pelapis,'' katanya.

Menurutnya, kebolehan seseorang pelakon tidak akan teruji sekiranya tidak ada pihak yang memberi peluang kepadanya untuk mencuba.

``Sebab itu Tayangan Unggul sentiasa memberi peluang kepada bakat baru dalam filem kedua kami, KL Menjerit iaitu Nisdawati sebagai pelakon wanita utama,'' katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.