saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 12/01/2002

Ijat generasi teater masa depan

SHAHRUL Mizad Asahari memang terkenal di kalangan pelakon teater sebagai Pengurus Pentas yang tegas dan cekap. Jika ada pelakon yang `ponteng' latihan, beliau akan cepat-cepat mengambil alih. Kemampuannya menguasai watak setiap pelakon amat baik. Memang itu antara kelebihannya.

Dikenali dengan panggilan Ijat, 27, graduan Teater Akademi Seni Kebangsaan (ASK) ini pendiam orangnya tetapi banyak bekerja. Bakat yang dimiliki pelbagai. Boleh menari dengan baik, mengarah, berlakon dan menguruskan produksi. Beliau juga boleh menghasilkan set, props, kostum dan tata rias.

Kebanyakan produksi dan pengarah yang bekerja dengan Ijat pasti akan menunjukkan ibu jari (tanda bagus) dan Ijat hanya tersenyum.

Anak kelahiran Johor yang juga tutor di ASK ini beberapa kali menjadi Pengurus Pentas bagi pementasan teater di Istana Budaya seperti Tun Perak (arahan Dr. Hatta Azad Khan) dan Cindai (Rohani Yusoff).

Beliau juga terlibat dalam Lantai T.Pinkie, Anugerah, Malam Haram, Raden Galoh (Rosminah Tahir), Scorpion Orchid (Krishen Jit), The Trees (Krishen Jit dan Joe Hafsham), Siti Di Alam Fantasi (Aminah Rhapor), Look Back In Anger (Nam Ron) dan Mid Summer Night's Dream (Ahmad Yatim).

Bagaimanapun, bakatnya dalam lakonan juga tidak dinafikan. Pernah muncul dalam makyung Anak Raja Gondang, Makyung Bongsu Sakti (Allahyarham Khatijah Awang), Anggun Nan Tungga (Dahmir Jamil), Paduka Oedipus (Zahim Al-Bakri), Raja Laksamana Bentan (Rahman B) dan Keris Sang Puteri (Rahim Razali).

Terbaru beliau muncul dalam teater Proses bersama Juhara Ayob, arahan Nam Ron. Teater ini menguji kemantapan vokal, aksi, penghafalan dan tenaga kerana hanya dua pelakon beraksi di pentas lebih satu jam. Ijat membuktikan bahawa dia boleh melalukan itu.

Berada di `belakang pentas' bukan bermakna dia tidak mampu bersaing di depan. Sebenarnya dalam teater cabaran yang paling besar adalah `di belakang' tabir.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.