saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 12/01/2002

Kesan positif Akujanji perkhidmatan awam

Pada Hemat Saya
Oleh G. Manimaran
(Wartawan Utusan)
Setakat ini sebahagian besar pegawai kanan dan beberapa pemimpin Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah pun menerima pelaksanaan Surat Akujanji dengan menandatangani dokumen berkenaan awal minggu ini.

Suasana penerimaan Surat Akujanji kali ini jauh lebih `tenang' berbanding pertengahan tahun lalu apabila cadangan berhubung dasar itu diumumkan. Pelaksanaan itu mula diterima dengan fikiran terbuka untuk membawa kemajuan dalam perkhidmatan awam.

Pelaksanaan Surat Akujanji yang berkuat kuasa mulai 1 Januari lalu, menekankan keperluan setiap kakitangan tanpa mengira pangkat dan jawatan, mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling dan peraturan serta arahan lain yang dikuatkuasakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Di bawah Surat Akujanji yang kini mula diedarkan, setiap kakitangan diwajibkan menurunkan tandatangan dalam dua salinan - satu untuk simpanan kerajaan dan satu lagi kegunaan kakitangan terbabit.

Dengan menandatangani surat itu, seseorang kakitangan awam, secara tidak langsung berjanji memenuhi sembilan perkara yang disenaraikan dalam Surat Akujanji, iaitu:

- Akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan;

- Akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab;

- Tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi;

- Tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awam;

- Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya (kakitangan) telah membiarkan kepentingan peribadi saya (kakitangan) bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan peranan saya (kakitangan) sebagai pegawai awam;

- Tidak akan menggunakan kedudukan saya (kakitangan) sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri;

- Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama perkhidmatan awam;

- Tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya (kakitangan) atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan awam; dan

- Tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah.

Kerajaan telah memutuskan bahawa setiap pegawai awam wajib menandatangani Surat Akujanji. Hampir sejuta kakitangan awam akan menerima penguatkuasaan itu dan menandatangani Surat Akujanji di hadapan ketua jabatan masing-masing.

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan 2001 yang dikeluarkan baru-baru ini, Surat Akujanji bertujuan menimbulkan kesedaran di kalangan kakitangan awam tentang kepentingan melaksanakan tugas dengan setia, jujur, bertanggungjawab, dedikasi dan profesional.

Malah, penguatkuasaannya juga selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan perkhidmatan awam yang cekap dan berwibawa supaya Malaysia terus maju dalam suasana yang aman dan harmoni.

Selain kakitangan yang terdiri daripada rakyat negara ini, warga asing yang dilantik berkhidmat dalam perkhidmatan awam juga wajib mematuhi arahan tersebut. Tiada mereka yang terkecuali.

Kakitangan yang sedang berkhidmat, dikehendaki menandatanganinya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh kuat kuasa manakala mereka yang dilantik pada atau selepas tarikh kuat kuasa, perlu menandatanganinya pada tarikh melaporkan diri bertugas atau dalam tempoh sebulan dari tarikh berkenaan (tarikh lapor diri bertugas).

Dalam pekeliling itu, Jabatan Perkhidmatan Awam menegaskan, setiap ketua jabatan, terutamanya ketua jabatan di peringkat ibu pejabat, bertanggungjawab memastikan peruntukan itu dilaksanakan dengan betul, adil dan saksama dan Surat Akujanji yang telah ditandatangani oleh pegawai tidak disalahgunakan. Malah, agensi itu mahu mereka menjelaskan kandungan Surat Akujanji dan tujuan penguatkuasaannya kepada semua kakitangan di bawah tanggungjawab masing-masing.

Pada keseluruhannya Surat Akujanji menggambarkan usaha keseluruhan menaikkan imej dan kualiti perkhidmatan awam meskipun kebanyakan pihak mengaitkannya dengan unsur-unsur politik sebelum ini. Sebagaimana ditekankan oleh kerajaan, dasar yang sedia ada telah diperbaiki dan diperkemaskan untuk mencapai tujuan berkenaan.

Pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk memberi nafas baru dengan memperkenalkan Surat Akujanji membolehkan kakitangan awam memahami kandungannya dengan terperinci.

Cara penyampaian tujuan dalam Surat Akujanji juga membolehkan setiap kakitangan awam memahami kandungannya. Andaian umum sebelum ini ialah kebanyakan kakitangan tidak membacanya ataupun tidak berpeluang untuk menghayati pekeliling-pekeliling seumpama itu.

Oleh itu, tahap pemahaman kakitangan awam mengenai pendekatan mendisiplinkan kakitangan awam rendah. Jika begitu keadaannya, maka usaha terbaru ini memberi peluang untuk mereka memahami aspek itu dan mengamalkannya demi memperbaiki prestasi perkhidmatan awam.

Sebahagian besar daripada kandungan tujuan Surat Akujanji bertujuan menaikkan mutu perkhidmatan - aspek yang sering ditekankan oleh kerajaan supaya pelanggan-pelanggan sektor awam boleh menikmati perkhidmatan terbaik.

Surat Akujanji sebenarnya menuju ke arah janji kakitangan awam untuk memperbaiki prestasi perkhidmatan awam demi kepentingan jangka panjang dengan mengelakkan pembabitan dalam perkara-perkara dan perbuatan yang ditegah oleh kerajaan.

Sehelai dokumen untuk ditandatangani itu sebenarnya bakal membawa implikasi positif dalam pembangunan negara jika diamalkan dengan fikiran terbuka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.