saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 17/01/2002

Seidu Issifu sah milik Terengganu

PEMAIN Ghana, Seidu Issifu sah diterima menjadi pemain Terengganu dalam menghadapi kempen Liga Perdana musim ini, semalam.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berkata penerimaan itu dibuat apabila pemain berkenaan lulus ujian kecergasan dan kesihatan yang dijalankan PBSNT kelmarin.

``Tidak ada apa lagi masalah tentang Issifu, cuma sekarang kita sedang menunggu sijil perpindahannya dari kelab di Qatar,'' katanya kepada Bernama di Kuala Terengganu, semalam.

Che Mat yang juga pengurus pasukan barharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menggunakan jasa baiknya untuk mendapatkan sijil perpindahan itu.

Ini penting bagi membolehkan Issifu diturunkan ketika Terengganu menentang Selangor dalam pertandingan Piala Sumbangsih yang merupakan pembuka tirai Liga Perdana di Kuala Terengganu, katanya.

Che Mat juga berkata tiket untuk menyaksikan pertandingan Piala Sumbangsih akan dijual di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah mulai pukul 2 petang esok, bukannya Jumaat seperti dilaporkan akhbar.

Harga tiket ialah RM20 untuk tempat berbumbung dan RM10 tempat terbuka.

Sementara itu, jurulatih Mat Zan Mat Aris, berkata beliau perlu mengambil sedikit masa untuk menserasikan rentak permainan Issifu dengan pemain tempatan dalam skuad itu.

``Issifu adalah pemain tengah yang berkaliber dan saya akan kekalkannya di bahagian itu,'' katanya. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.