saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/01/2002

Nasir Bilal Khan, 2 rakan didakwa peras ugut

PETALING JAYA 17 Jan. - Pelakon Nasir Bilal Khan bersama dua rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memeras ugut seorang pemandu teksi untuk mendapatkan wang tunai berjumlah RM6,200.

Nasir, 42, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan tersebut ke atas Mohamad Harun, 47, kira-kira pukul 8 malam pada 9 Januari lalu di Taman Medan, di sini.

Dua lagi rakannya yang menghadapi tuduhan yang sama ialah seorang peniaga kedai runcit, Mohd. Khairul Baharudin, 41, dan Nazarudin Abdul Jalil, 40.

Mereka bertiga didakwa bersama memeras ugut Mohamad dengan niat untuk memukulnya supaya mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM6,200.

Dakwaan itu mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.