saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 20/01/2002

Tinie - tinggalkan kerjaya demi minat

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
Foto GHAZALI BASRI

NAMANYA bukan sebaris model top negara, namun perkara itu tidak pernah menjadikan Tinie resah gelisah.

Tinie, 24, model yang baru dua tahun berjinak-jinak dalam bidang catwalk menganggap dirinya masih baru untuk berangan-angan atau berlagak seperti model terkenal.

``Masih banyak yang perlu saya pelajari dan tempuhi untuk sampai ke tahap yang stabil,'' kata Tinie yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Kerjaya Tinie dalam bidang modeling bermula dua tahun lepas.

``Saya banyak bergaul dengan model pada masa itu dan mungkin sebab itu saya terpengaruh. Lagipun ramai rakan memberi dorongan kerana kata mereka saya mempunyai ketinggian yang baik untuk menjadi model,'' ceritanya.

Tinie yang sudah mempunyai kerja tetap di salah sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya, Selangor pada masa itu sanggup berhenti kerja untuk berkecimpung dalam bidang yang semakin dicintainya itu.

Minat yang datang secara tiba-tiba itu menjadikan Tinie memberanikan diri bertemu dengan Andrew Tan, pemilik Andrews Models untuk merealisasikan impiannya itu.

Tinie bertuah kerana ketinggian yang dimiliki melayakkan dirinya menjadi salah seorang model untuk agensi tersebut.

Kata Tinie, dia berasa bertuah kerana berpeluang menjadi model untuk agensi tersebut apatah lagi setiap model di situ diberi penjagaan yang rapi.

``Agensi banyak membantu, bukan saja mencari peluang untuk kami tetapi juga memberi dorongan dan tunjuk ajar,'' kata Tinie.

Sebagai model yang baru mencari tapak, Tinie mengakui dia masih perlu banyak belajar terutama tentang penampilannya.

``Cara saya bercakap, berpakaian dan berdandan perlu berubah demi kerjaya saya walaupun pada masa yang sama saya lebih suka yang serba sederhana.

``Namun semua itu untuk membantu kerjaya saya supaya saya menjadi lebih yakin pada diri sendiri,'' jelasnya.

Kerjaya dalam bidang modeling itu juga membawa Tinie merantau ke seluruh negara dan bertemu dengan ramai orang termasuk pereka fesyen terkenal.

Dalam tempoh dua tahun ini Tinie lebih banyak membabitkan diri dalam bidang catwalk berbanding dengan bidang modeling lain.

Pengalaman pertamanya mengadakan catwalk adalah cukup menarik dan melucukan, kata Tinie.

``Saya rasa seperti semuanya tidak kena dan risau benar kalau tersilap langkah. Menggigil memanglah tetapi saya kuatkan semangat.

``Memang saya mengambil banyak masa untuk menyesuaikan diri,'' katanya yang mengakui ia masih salah satu pengalaman terbaiknya.

``Apabila pelanggan memberitahu bahawa kami menjalankan tugasan yang baik, ia sudah cukup memuaskan hati saya,'' katanya.

Sebagai model, Tinie mengakui bahawa dia mampu meraih pendapatan yang lumayan andai bekerja keras.

``Semuanya terpulang kepada tugasan kerana ada musim banyak show dan ada ketikanya tidak.

``Tetapi pendapatan tetap ada dan kami dibayar melalui berapa banyak tugasan yang dijalankan dalam masa sebulan,'' katanya.

Dia juga berhasrat untuk mencipta nama ke peringkat luar negara, sekurang-kurangnya di Hong Kong.

``Ramai model berjaya di Hong Kong dan membawa pulang pengalaman yang baik dalam kerjaya mereka. Andai berpeluang saya juga ingin mencuba.

``Itu juga menjadi hasrat saya kerana saya menaruh harapan sebelum kerjaya model saya tamat sekurang-kurangnya saya boleh beraksi di pentas catwalk di Hong Kong. Ramai model berkata, beraksi di situ cukup memuaskan kerana pentasnya besar dan audiensnya ramai,'' harapnya.

Model tersebut mengakui dia tidak akan selamanya menjadi model dan dia juga mengakui kerjaya dalam bidang tersebut cukup singkat.

Sebagai perancangan masa depan, Tinie berhasrat untuk membuka perniagaan dengan wang simpanannya kelak.

``Saya tidak berhasrat untuk menjadi supermodel atau megamodel. Saya sekadar menimba pengalaman dan meraih pendapatan daripada bidang ini. Suatu hari nanti saya akan bersara dan saya mempunyai banyak agenda lain dalam hidup,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.