saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 24/01/2002

Kuih sebagai makanan jati diri

Sehari Sebuah Buku
Judul buku: 96 Saji-saji Kuih, Jilid 1
Penyusun: Ahmad dan Nur
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Tahun: 2002
Halaman: 90
Harga: RM41.50
Melihat gambar kulit buku ini sudah cukup menaikkan selera untuk menjamah kuih yang dihidangkan. Itulah kuasa gambar berwarna bagi buku-buku resipi seperti ini.

Tetapi kuih bukan sekadar makanan. Mengapa seseorang meminati sesuatu kuih berkait rapat dengan pengalaman makanan masing-masing semasa kecil.

Makanan paling sedap ialah apa yang pernah dihidangkan oleh ibu masing-masing sewaktu kecil. Makanan pertama itulah yang paling enak dan terus terbawa-bawa hingga ke dewasa.

Itulah juga yang menjadikan kuih tradisi begitu menarik. Maka hakikat inilah juga yang menyebabkan kuih boleh disifatkan sebagai makanan jati diri.

Bagi orang Melayu, kuih tradisi Melayu merupakan sebahagian daripada jati diri seorang Melayu.

Kuih tradisi Melayu dalam buku ini ialah apam, bingka, baulu, jemput-jemput, dodol, pulut inti, talam kacang, epok-epok, kerepek, lopes, koci, roti tirai, koleh, lompang, abuk-abuk, sagu, talam dan wajik.

Namun begitu, kuih-kuih tradisi dalam buku ini juga telah banyak diubahsuai untuk mempelbagaikan cita rasa.

Umpamanya dalam kategori bingka saja terdapat dua jenis iaitu Bingka Jagung Sri Sarawak dan Bingka Jagung Manis.

Begitu juga dengan apam. Dua jenis apam yang dipaparkan ialah Apam Kukus Bunga dan Apam Mentega.

Oleh kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum, maka terdapat juga banyak jenis kuih lain yang telah diterima oleh orang Melayu sendiri.

Antaranya ialah popia, pau dan wantan.

Gambar-gambar dalam buku ini juga cukup jelas hinggakan ia boleh menaikkan selera makan bagi pembaca. - NORASHIDAH DIJAI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.