saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 25/01/2002

Choong Hann hampir ke separuh akhir

PEMAIN nombor tiga dunia, Wong Choong Hann menguatkan peluang untuk mara ke separuh akhir selepas memenangi kedua-dua perlawanan peringkat kumulan pada pusingan akhir kejohanan Badminton Grand Prix Kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.

Pemain pilihan dari kumpulan B itu mengetepikan cabaran Alvin Chew 7-0, 3-7, 7-1, 7-1 dalam masa 45 minit. Terdahulu, Choong Hann menewaskan Ong Huck Lee.

Pemain muda, Ramesh Nathan turut mencipta dua kemenangan dalam kumpulan yang sama.

Ramesh akan bertemu Choong Hann hari ini untuk menentukan juara kumpulan selepas dia menewaskan Huck Lee 7-4, 4-7, 7-5, 7-2.

Saingan kumpulan A menyaksikan James Chua menewaskan Kuan Beng Hong 7-3, 7-2, 7-0, juga kemenangan kedua sementara Lee Tsuen Seng, yang menerima kejutan apabila tewas kepada Beng Hong, bangkit menewaskan Nazree Latifi 7-1, 7-1, 7-4 untuk membuka peluang mara ke separuh akhir.

Kumpulan itu kelihatan terbuka dan jika Tsuen Seng menewaskan Chua sementara Beng Hong pula mengalahkan Nazree hari ini, kiraan set menang akan menjadi penantu diantara Chua, Tsuen Seng dan Beng Hong, dengan masing-masing memenangi dua perlawanan.

Begitupun, Chua, juara Terbuka Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang, mempunyai kelebihan kerana tidak langsung tewas walau satu set selepas dua perlawanan semalam.

Bagi kumpulan C dan D, pemain pilihan dari kelab Nusa Mahsuri, Muhammad Hafiz Hashim dan pemain veteran, Ong Ewe Hock juga berpeluang ke separuh akhir.

Hafiz menewaskan bekas pemain nombor satu negara, Yong Hock Kin 7-3, 8-6, 7-1 sementara Ewe Hock menewaskan Sairul Amar Ayob 8-7, 7-5, 7-0.

K. Yogendran pula melakukan sedikit kejutan apabila menewaskan Jason Wong 7-4, 7-3, 7-3. Satu lagi kejutan berlaku dalam perseorangan wanita apabila M. Sutheaswari menumbangkan pemain nombor satu negara, Ng Mee Fen in rubber games 7-3, 6-8, 2-7, 7-2, 7-5.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.