saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 29/01/2002

16 dikhuatiri korban tanah runtuh -- Rumah panjang ditimbus dan diheret sejauh 70 meter dalam tragedi di Simunjan

PASUKAN mencari dan menyelamat menjalankan gerakan mengesan mangsa yang tertimbus dalam tanah runtuh yang meranapkan rumah panjang di Kampung Ruan Changkor, Simunjan, 160 kilometer dari Kuching, semalam. - Gambar ZULAZHAR SHEBLEE


Oleh: ZUHAIRI ALI dan MOHD. RADHUAN HUSSAIN
KUCHING 28 Jan. - Seramai 16 orang dari tiga keluarga dikhuatiri terbunuh dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus sebuah rumah panjang 27 pintu di Kampung Ruan Changkor, Simunjan, awal pagi ini.

Kejadian yang berlaku pada pukul satu pagi sewaktu hujan lebat yang berterusan sejak dua hari lalu itu, mengakibatkan rumah panjang tersebut diheret sejauh 70 meter dari tapak asalnya oleh runtuhan tanah tersebut.

Rumah Panjang Ruan Changkor musnah sama sekali dengan hanya serpihan bumbung dan dindingnya kelihatan dalam timbunan tanah setinggi empat meter.

Rumah kediaman 103 penghuni itu terletak di cerun bukit bersama empat kampung lain - Ruan Baru, Ruan Seru, Ruan Tiong dan Ruan Lama, kira-kira 160 kilometer dari Kuching.

Kejadian itu menyebabkan pemandangan di tempat kejadian seolah-olah padang jarak padang terkukur dengan sejumlah besar rumah itu langsung tidak kelihatan dalam runtuhan.

Rumah-rumah lain yang terselamat pun rosak teruk dengan bahan struktur kediaman berselerak di sana sini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Yusoff Jaffar berkata, setakat pukul 7.30 malam ini, gerakan mencari masih diteruskan bagi mencari mangsa-mangsa yang tertimbus.

Bercakap pada sidang akhbar di Pangkalan Polis Marin Wilayah Sarawak di sini hari ini, beliau menjelaskan, lima lagi mangsa iaitu empat wanita dan seorang lelaki, berjaya diselamatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat pagi ini.

Beliau yang kemudian meninjau kawasan tragedi itu memberitahu, peluang mangsa yang tertimbus untuk hidup tipis memandangkan timbunan tanah yang terlalu padat.

Bagaimanapun, katanya, gerakan mencari dan menyelamat akan diteruskan tanpa henti sehingga semua mangsa ditemui.

Mereka yang cedera ialah Melan ak Jawan (45), Menyau ak Ingai (60), Sangan ak Bagi (65), Jabi ak Denang (70) dan Roslin ak Chenggil (22).

Empat daripada mereka dilaporkan cedera parah.

Mereka dihantar dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari tempat kejadian ke Samarahan petang ini sebelum dibawa dengan ambulans ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

``Setakat ini kita percaya 16 orang masih hilang dan gerakan mencari diperhebatkan dengan penghantaran anggota serta sokongan logistik dari Kuching,'' ujarnya.

Mereka yang hilang ialah Galak anak Bagi (70 tahun), Willy anak Diman (27), Melina anak Pawi (20), Jurak anak Lahat (4), Melissa anak Willy (23 hari), Malina anak Jali (60) dan Beda anak Gudang (55).

Mangsa lain Franky anak Mina (20), Guntur anak Ingai (70), Kichin anak Guntur (50), Ijok anak Lopeng (50), Lily anak Bagi (60) dan Jeni anak Kukin (30).

Tiga beradik yang juga dilaporkan tertimbus ialah Luis anak Tel (9), Suli anak Tel (3) dan Peter Ronis anak Tel (1).

Dalam pada itu, keluarga mangsa telah dibawa ke Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Pedalai yang terletak kira-kira 4 kilometer dari tempat kejadian.

Sehingga petang ini, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Yusoff Jaafar dan Panglima 3 Briged, Brigadier Jeneral Badrulzaman A. Rani turut melawat tempat kejadian.

Gerakan mencari dan menyelamat membabitkan pihak tentera, polis, bomba, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan Rela.

Difahamkan Khamis lalu kejadian tanah runtuh turut berlaku di Kampung Tegang Jaya, Simunjan, tetapi seorang mangsa yang tertimbus sempat diselamatkan.

Dalam pada itu, empat buah rumah lain turut rosak teruk ditimpa tanah runtuh di Simunjan pagi ini, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Jurucakap bilik operasi Pejabat Daerah Simunjan ketika dihubungi berkata, dua buah rumah terletak di Kampung Tengang Jaya dan sebuah masing-masing di Kampung Kesendu dan Kampung Batu Kepit.

Hujan lebat ditambah dengan beberapa kawasan dilaporkan banjir, menyukarkan lagi kerja mencari dan menyelamat mangsa. Jurucakap bilik gerakan banjir negeri ketika dihubungi berkata, beberapa jalan di bandar raya Kuching, Kota Samarahan dan Asajaya dilanda banjir kilat dengan air sedalam 0.5 meter hingga satu meter sejak awal pagi ini.

Keadaan itu menyebabkan jalan utama Kota Samarahan-Asajaya dari Kuching hanya boleh dilalui kenderaan berat dan pacuan empat roda.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.