saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/02/2002

KL Menjerit - Judul yang membara

NISDA (kiri) dan Liza Hanim dalam KL Menjerit.


Skrin
Arahan: Badar Hj. Azmi
Lakon Layar: Badar Hj. Azmi
Pelakon: Rosyam Nor, Nisdawati, Faizal Hussein, Danny X Factor, Saiful, Liza Hanim, Hasnul Rahmat, Dato Rahim Razali dan lain-lain.
Filem ini tentang orang muda dan kehidupannya di kota yang serba mencabar. Juga tentang harapan dan impian mereka. Subjeknya adalah aktiviti anak muda kota Kuala Lumpur yang tidak terdapat di kota raya lainnya di dunia, iaitu lumba motor haram di tengah-tengah kesibukan jalan-jalan raya di Kuala Lumpur.

Aktiviti ini merupakan aktiviti sosial anak muda yang luar biasa, songsang dan aneh.

Mengapa mereka perlu berlumba sedemikian sehingga sanggup mengambil risiko yang sungguh berbahaya, ia merupakan satu persoalan sosial yang sungguh menarik.

Filem ini memberi kemungkinan yang menarik sebenarnya jika subjeknya diteroka dengan teliti dan mengambil pendekatan yang betul.

KL Menjerit adalah judul filem yang cukup menarik, dramatik dan memberikan kesan yang membara.

Filem garapan Badar Hj. Azmi (Sebelum ini telah pernah mengarahkan filem Syakila dan Burung Besi) ini sayangnya mengambil pendekatan yang klise dan lumrah dalam filem Melayu.

Resah dan gelisah anak muda yang agresif di Kuala Lumpur yang seharusnya menjadi dasar filem ini gagal diangkat sebaiknya. Ia menjadi latar yang tidak jelas.

Filem ini dibuka dengan penemuan seorang anak kecil di ladang tebu di Perlis.

Adegan seterusnya berpindah ke Kuala Lumpur mengisahkan Shahrul (Rosyam Nor) yang siangnya bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel motosikal berlumba motor haram di lebuh raya di Kuala Lumpur.

Hadiah memenangi perlumbaan ini selain daripada wang adalah perempuan. Dan ditakdirkan wanita yang menjadi hadiah dan juga mangsa kali ini adalah Ayu (Nisdawati) yang baru sahaja tiba dari kampung.

Shahrul cuba menyelamatkan Ayu dengan menghantar ke rumah temannya, tetapi Ayu rupanya telah ditipu oleh teman lelakinya itu yang sebenarnya telah berkeluarga.

Hubungan antara Shahrul dan Ayu berkembang dalam satu perhubungan yang mesra, dan rupanya Shahrul dan Ayu berasal dari kampung yang sama.

Ayulah anak yang telah ditemui oleh Shahrul semasa di kampung dahulu. Dalam satu perlumbaan antara Shahrul dan Pit (Faizal Hussein), Shahrul tercedera. Tetapi kesan daripada rasa bersalah itu, menyebabkan Pit berusaha membantu Shahrul memasuki pertandingan lumba motosikal di gelanggang perlumbaan yang sebenar.

Berdasarkan daripada subjeknya, filem ini sebenarnya berpotensi untuk memberikan kemungkinan yang cukup menarik sebagai filem anak muda yang merakamkan resah dan gelisah anak muda yang dilontarkan olehnya di jalan raya di tengah Kuala Lumpur di waktu malam.

Tetapi keresahan dan kegelisahan itu tidak diberikan olahan yang baik dan tafsiran yang lemah.Apakah perlumbaan itu sekadar mencari sedikit wang (seperti yang pernah dikatakan oleh Shahrul), mendapat seorang wanita atau kerana keegoan dan kebanggaan mereka tercabar seperti yang ditunjukkan oleh Saiful (Apek) dan Pit.

Watak yang mengelirukan dalam filem ini adalah kemunculan watak Tun (Hasnul Rahmat).Tun muncul sebagai watak yang gelisah dan kesunyian daripada sebuah keluarga yang berjaya.

Dia ada waktunya filosofikal dan cuba menjadi pendorong kepada kehidupan Shahrul. Penyakit Tun tidak jelas, kemunculan ada waktunya tidak menyenangkan dan cara dia mendekati Shahrul menimbulkan pertanyaan adakah Tun seorang `gay'?

Dan kematian Tun juga telah dilakukan dengan mudah tanpa alasan yang sewajarnya. Biarpun, filem ini mempunyai subjek yang menarik, tetapi kegagalan membina watak telah melemahkan filem ini.

Hubungan antara setiap watak juga tidak dijalin dengan kukuh, semua bentuk hubungan watak dan peristiwa yang berlaku antara mereka terjadi dengan mudah.

Ini menyebabkan aksi hebat yang muncul sekadar aksi kosong dan gagal membantu membina hubungan konflik yang dramatik.

Baik watak Shahrul, Ayu, Pit dan Mamat, semuanya diadakan sekadar untuk menjalankan cerita tanpa diberikan kewajaran alasan dan tindakan.

KL Menjerit adalah filem pertama Mukriz Kamaruddin sebagai pengarah fotografi. Dia adalah pengarah fotografi yang berbakat sebenarnya.

Kerja fotografi beberapa filem pendek yang dihasilkannya semasa menuntut di Akademi Filem Malaysia menunjukkan hasil yang cemerlang.

Sayangnya, dalam filem KL Menjerit, aspek pencahayaan tidak dikawal dengan baik menyebabkan dalam beberapa adegan syotnya burn-out dan dalam adegan-adegan lain, ia gagal mencipta mood yang dikehendaki.

Hal ini tidak seharusnya berlaku kerana Badar Hj. Azmi adalah pengarah fotografi yang dihormati kerana pernah menghasilkan arahan fotografi yang cemerlang.

Sebagai sebuah filem, KL Menjerit hanya berjaya mengisi emosi dengan aksi dramatik dan tempelan adegan, tetapi untuk mengangkat permasalahan dan dilema anak muda di kota, Badar Hj. Azmi perlu menilai semula pendekatannya dan yang paling penting mempunyai skrip yang benar-benar mantap.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.