saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/02/2002

Anita Sarawak -- Konsert mega di Bukit Jalil

Oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin
([email protected])
SEBANYAK RM800,000 diperuntukkan untuk Konsert Mega Bukit Jalil Anita Sarawak yang akan berlangsung pada 7 April. Kos ini lebih murah jika dibandingkan dengan Konsert Mega Siti Nurhaliza yang dianggarkan melebihi RM1 juta di tempat yang sama pada tahun lalu.

Pengurus Senimalaya Event Management, Marzuki Bakar berkata, penjimatan terhadap kos dapat dilakukan dalam konsert Anita Sarawak kerana penyanyi itu tidak banyak menampilkan persembahan sampingan.

``Untuk konsert Anita Sarawak ini, kita dapat menjimatkan kos kerana tidak membabitkan penampilan segmen lain,'' jelasnya.

Marzuki menyatakan demikian pada sidang akhbar konsert berkenaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Senimalaya merupakan penganjur pertunjukan yang bertanggungjawab merealisasikan konsert yang dianjurkan oleh Kompleks Stadium Nasional (KSN) Bukit Jalil ini.

Konsert ini juga akan menggunakan khidmat karyawan seni tempatan, termasuk dalam soal muzik dan sistem bunyi.

``Kita akan menampilkan kehebatan anak-anak tempatan di dalam konsert ini dan Anita sendiri bersetuju dengan keputusan itu,'' kata Marzuki lagi.

Konsert Anita Sarawak akan berlangsung di Stadium Putra pada pukul 8.45 malam dan ini merupakan konsert ketiga terhebat yang dianjurkan di tempat tersebut selepas Siti Nurhaliza dan kumpulan rock antarabangsa terkenal, Scorpions, tahun lalu.

Pengurus KSN, Abu Bakar Kassim pula berkata, pemilihan Anita untuk mengadakan konsert berkenaan berdasarkan aset yang ada kepada penyanyi berkenaan.

``Anita merupakan artis Melayu yang paling berjaya sehingga bertahun-tahun mampu mengikat kontrak dengan pusat hiburan terkemuka, Caesars Palace, di Las Vegas, Amerika Syarikat.

``Berdasarkan kecemerlangannya, penganjur menjadikan impian Anita untuk mengadakan konsert secara besar-besaran sebagai satu kenyataan,'' katanya pada majlis yang sama.

Sementara itu, Anita memberitahu, dia sememangnya telah lama mengidam untuk mengadakan konsert besar di negara ini setelah beberapa kali mengadakan persembahan makan malam.

``Saya akan mempersembahkan lagu-lagu Melayu yang saya rakam sejak tahun 70-an,'' kata Anita semasa ditemui di Singapura.

Banyak lagu yang telah disenaraikan dan akan dipilih menjelang konsertnya nanti, kata penyanyi itu lagi.

``Kalau pilih semua lagu tentu konsert ini tidak tamat dalam sehari, jadi saya harus memilih lagu yang dapat memuaskan hati semua peminat,'' ujar Anita.

Anita yang kini kembali ke Singapura untuk tempoh yang lama berharap, kepulangannya tidak sia-sia dan dapat menyambung karier di rantau ini.

Sebelum ini, tidak banyak peminat yang berpeluang menonton persembahannya yang diadakan di majlis makan malam dan makan tengah hari di hotel.

``Saya ingin mencurahkan segala pengalaman yang saya timba di Las Vegas semasa mengadakan konsert ini nanti,'' katanya.

Anita sudahpun menamatkan kontrak di Caesars Palace, pada Julai lalu, dan kini berada di Singapura buat sementara waktu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.