saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/02/2002

Radhi ceriakan Spanar Jaya

SALAH satu watak menceriakan sitkom popular Spanar Jaya ialah Abdulla lakonan Radhi Khalid.

Sitkom yang ke udara setiap Sabtu pada pukul 7.30 malam di ntv7 itu menampilkan Abdulla, seorang pemuda Bangladesh yang sering menimbulkan kekecohan di bengkel Pak Samad.

Tidak dinafikan Radhi berjaya membawa watak tersebut dengan berkesan.

Ini jelas terbukti daripada tampil sebagai pelakon undangan untuk musim kedua, kini watak tersebut dikembangkan menjadi pelakon utama.

Menurut Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhieddeen Sheikh Abdul Khalid, 38, sejak melakonkan watak tersebut, orang ramai lebih senang memanggil dirinya Abdulla.

``Sekarang ini nama baru saya Abdulla. Saya sendiri tidak sangka watak itu mendapat perhatian ramai.

``Untuk melakonkan watak pemuda Bangla, saya banyak membuat pemerhatian terhadap pendatang asing yang bekerja di sini. Dari situ, saya dapat idea untuk menjayakan watak Abdulla,'' katanya terus terang.

Walaupun ramai yang kagum dengan watak Abdulla itu, secara peribadi, Radhi mengaku dia lebih senang kalau tidak dilabel sebagai pelakon komedi.

Katanya, dia sekadar melakonkan apa yang dipinta oleh pengarah. Ini kerana secara peribadi Radhi bukanlah insan yang bersifat humor.

Malahan dia juga mula risau kerana sekarang ini orang ramai lebih senang menggelarnya pelakon komedi, gara-gara sitkom Spanar Jaya.

Jelas Radhi, dia gembira kerana watak tersebut berjaya menarik perhatian ramai, namun sebagai pelakon, dia tidak mahu terikat pada satu watak sahaja.

Ini kerana sebelum tampil dalam Spanar Jaya, Radhi yang telah 10 tahun membabitkan diri dalam bidang lakonan sering diberi peranan membawa watak serius.

Antara drama yang menonjolkan dia sebagai pelakon berkarakter ialah Semarai dan Pinang Durian.

``Untuk membuat orang ketawa bukanlah mudah, tambahan pula apabila kita bukan seorang pelawak.

``Bagaimanapun, sebagai pelakon, saya perlu memberikan yang terbaik dan setakat ini, usaha saya tidak sia-sia,'' katanya yang turut membawa watak pemuda Bangla dalam sebuah sitkom lagi.

Kata Radhi, dia bersetuju berlakon Spanar Jaya kerana tertarik dengan skrip. Lagipun, sitkom yang sudah memasuki musim keempat itu tidak menonjolkan lawak yang dibuat-buat.

Tambahan pula, kebanyakan pelakon yang mewarnai Spanar Jaya bukanlah pelakon komedi.

Biarpun begitu, mereka mampu mencuit hati penonton dengan gaya dan dialog yang bersahaja.

Terbaru, Radhi juga diberi peluang berlakon sitkom komedi iaitu Alkisah bersama pelakon Maya, Farouk Hussein, Shamsul Ghau Ghau dan Den Wahab.

Jelasnya, setiap watak komedi yang dibawa berbeza antara satu sama lain.

Selain komedi, Radhi juga banyak membabitkan diri dalam bidang teater. Antara teater yang pernah dijayakan ialah Keris Sang Puteri.

Pelakon serba boleh itu juga telah muncul dalam filem Pasrah, Selubung, Penyu dan meminjamkan suaranya untuk Bonnie Sta Maria dalam filem Sutera Putih dan XX Ray.

Buat masa sekarang, Radhi sedang merancang untuk menghasilkan sebuah filem komedi bersama seorang teman. Jelasnya, tajuk sementara untuk filem itu ialah Duo.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.