saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 05/02/2002

Sarawak mahu James disenarai

PRESIDEN Persatuan Badminton Sarawak (SBA) Datuk Amar Dr Leonard Linggi mahu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menimbang semula kedudukan pemain badminton negeri itu, James Chua dalam pasukan Piala Thomas kebangsaan.

SBA telah mengemukakan perkara itu dengan Presiden BAM Datuk Mohd Nadzmi Salleh melalui rayuan peribadi ``supaya menimbang memasukkan James dalam skuad Piala Thomas walaupun sebagai pemain simpanan.''

``Langkah itu pastinya akan menaikkan moral pemain-pemain dan peminat badminton di Sarawak,'' kata beliau di Kuching semalam.

Beliau berkata, beberapa peminat badminton tempatan telah menghubunginya bertanya rasional di sebalik tindakan mengetepikan James daripada skuad Piala Thomas, walaupun sebagai pemain simpanan.

``Saya mengaku sedikit sukar untuk menjawapnya, terutama selepas James berjaya menjadi juara Kejohanan Grand Prix Kebangsaan baru-baru ini,'' tambah beliau.

Pemain berusia 22 tahun itu telah meninggalkan Sarawak untuk berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1995 atas nasihat SBA untuk menyertai skuad latihan BAM dan baru-baru ini telah membuktikan kehebatannya dengan menjuarai empat kejohanan sirkit kebangsaan - Terbuka Melaka, Terbuka Kelantan dan Terbuka Pahang, selain GP Akhir Kebangsaan di Kuala Lumpur 27 Januari.

Dalam perjalanan untuk muncul sebagai juara itu, James menewaskan beberapa pemain utama negara termasuk Ong Ewe Hock sebanyak dua kali.

BAM telah membuat pilihan pemain untuk pusingan kelayakan Piala Thomas-Uber sebelum kejohanan GP Akhir Kebangsaan.

Keputusan untuk membuat pemilihan itu telah diserahkan kepada jurulatih berdasarkan prestasi pemain-pemain di peringkat antarabangsa.

Kesemua tiga pemain utama perseorangan yang dipilih - Roslin Hashim, Ong Ewe Hock dan Wong Choong Han - pernah memenangi kejuaraan antarabangsa, tetapi James yang mula menunjukkan impak dalam peringkat antarabangsa pada Terbuka Thai tahun lepas, telah diketepikan.

Pemain perseorangan keempat yang diserapkan dalam skuad Piala Thomas ialah Lee Tsuen Seng.

Sementara itu, Setiausaha SBA James Wei berkata, setahu beliau, BAM telah menggunakan kesemua kuota pemain yang diperuntukkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) untuk pusingan kelayakan Piala Thomas di Melbourne pada 20-24 Februari depan.

Selain itu, dibawah kepimpinan BAM yang baru, jurulatih diberi mandat untuk memilih pemain untuk kejohanan antarabangsa.

Wei bagaimanapun percaya James masih berpeluang dipilih jika mampu bermain dengan baik pada kejohanan antarabangsa sepanjang tahun ini, jika Malaysia layak ke pusingnan akhir Piala Thomas. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.