saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/02/2002

Anis Suraya...diundang menyanyi di Turki

PENYANYI Anis Suraya diundang menyerikan Pertandingan Lagu Mediterranean 2002 yang mempertandingkan penyanyi dan lagu dari negara-negara tersebut di Turki, pada Jun depan. Undangan tersebut bukan untuk bertanding, sebaliknya sebagai mewakili Malaysia kerana kejayaannya menjuarai Pertandingan Voice of Asia 2000 di Kazakhstan.

Penganjur pertandingan itu, Serhat Hacpaalolu dalam emelnya kepada Utusan berkata, pihaknya mengundang penyanyi-penyanyi yang berjaya dalam pertandingan nyanyian anjuran Persekutuan Organisasi Festival Antarabangsa (FIDOF.)

Serhat tertarik dengan suara dan lagu Anis Suraya semasa menyaksikan persembahannya di Kazakhstan tahun lalu.

Pada masa itu, Serhat diundang sebagai juri.

Voice of Asia adalah salah satu pertandingan tahunan yang dinaungi oleh FIDOF.

Pertandingan di Turki yang akan berlangsung pada 5 Jun hingga 9 Jun itu juga turut membabitkan FIDOF.

Persembahan Anis bersama beberapa penyanyi undangan lain yang dinamakan FIDOF Honour Gala akan dilangsungkan sehari sebelum malam kemuncak pertandingan, kata Serhat.

Anis Suraya berkata, undangan tersebut membuktikan kemunculan penyanyi ke pertandingan luar negara membuahkan hasil yang membanggakan.

``Saya terharu apabila diundang ke sana walaupun album saya tidak dipasarkan,'' katanya.

Dia akan menggunakan kesempatan itu untuk bertukar pandangan dengan penyanyi dan komposer di sana.

Anis juga berharap dapat menyanyikan lagu-lagu komposer luar untuk projek pembikinan album akan datang.

Undangan tersebut sekali gus menolak tanggapan beberapa pihak yang mengatakan pertandingan di luar negara tidak mendatangkan manfaat kepada penyanyi.

``Kini, terbukti kejayaan saya di Kazakhstan masih mendatangkan keuntungan kepada saya walaupun telah dua tahun berlalu,'' jelasnya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi itu akan muncul dengan album terbaru Mac depan berjudul Suara Hati.

Album terbitan Suria Records itu memuatkan lagu-lagu ciptaan Ajai, Johari Teh, Eddie Marzuki, Rahim Othman, Zulkifli Majid, Adnan Abu Hassan dan beberapa lagi.

Anis juga mencuba kebolehan menyanyikan sebuah lagu berkonsep joget ciptaan Rahim Othman serta lagu duet bersama Aqasha berjudul Hadirmu.

``Saya berharap album ini akan diterima oleh peminat saya,'' kata Anis lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.