saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 14/02/2002

Putera Belgium turut hadir

PUTERA Mahkota Belgium Philippe dan isterinya, Mathilde akan menambah kemeriahan kejohanan hoki Piala Dunia yang berlangsung di Kuala Lumpur, 24 Februari hingga 9 Mac ini.

Pasangan Diraja itu hadir untuk menonton perlawanan Kumpulan A yang menemukan Belgium dan Pakistan pada 25 Februari.

Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) dalam kenyataannya semalam berkata, ini adalah kali pertama pasangan Diraja menonton perlawanan hoki bersama ribuan rakyat biasa.

Menurut FIH, kehadiran pasangan tersebut ke negara ini juga adalah sempena dengan misi ekonomi Belgium ke Malaysia.

Putera Philippe merupakan pengerusi kehormat Persatuan Perdagangan Luar Negeri Belgium yang mengelolakan misi berkenaan.

Misi tersebut yang sasarannya adalah untuk meningkatkan hubungan perdagangan di antara Belgium dan Malaysia turut disertai oleh 100 delegasi yang diketuai oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Neyts-Uyttebroeck.

Delegasi itu juga akan menonton perlawanan Belgium-Pakistan.

Sebanyak 16 pasukan akan bertanding dalam 72 perlawanan sepanjang 13 hari kejohanan dengan Belanda turun sebagai penyandang juara.

Selain Belgium dan Pakistan, Kumpulan A juga dibarisi Belanda, Argentina, Jerman, New Zealand, Afrika Selatan dan Sepanyol.

Kumpulan B pula terdiri daripada Australia, Cuba, England, India, Jepun, Afrika Selatan, Malaysia dan Poland. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.