saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/02/2002

Salmah Ahmad pentingkan disiplin

Disiplin dan personaliti diri merupakan dua elemen yang begitu dijaga oleh setiap pelakon studio Cathay Keris dan Studio Merdeka dulu.

Pelakon veteran, Salmah Ahmad tidak terkecuali daripada dua elemen itu, malah sehingga kini, dua elemen itu sudah sebati dalam dirinya.

Salmah masih mementingkan penjagaan diri untuk kelihatan menarik sebagai seorang personaliti apabila muncul di khalayak.

Kebetulan, semasa berlakon, dia hanya melakonkan watak heroin yang memerlukannya kelihatan cantik dan menarik perhatian.

``Sepanjang berlakon, saya tidak pernah memegang peranan wanita sombong, bengis dan tidak terurus,'' katanya semasa ditemui baru-baru ini.

Kerana memegang pesanan pengarah dan penerbit pada masa itu, membuatkan Salmah tidak selesa sekiranya tidak menguruskan diri.

Dia kembali muncul pada majlis yang membabitkan pelakon veteran sejak akhir-akhir ini setelah beberapa bulan berehat.

``Sebelum ini, saya tidak boleh mengikuti program yang membabitkan pelakon veteran kerana saya mengusahakan restoran,'' katanya.

Sejak Oktober lalu, dia berehat dan memenuhi undangan pelbagai pihak yang membabitkan pelakon veteran.

Baru-baru ini, dia turut diundang ke Malam Seri Gemilang Kolej Mohamad Rashid, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Ditanya minatnya dalam lakonan, kata Salmah, dia masih lagi mengikuti perkembangan seni lakon semasa malah meminati lakonan Erra Fazira dan Ziana Zain.

Sebenarnya pelakon berusia 64 tahun itu juga tidak pernah mengumumkan persaraan, namun kesibukannya membuatkan dia terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan.

Namun, kata Salmah, pada usia sekarang, dia agak bimbang tidak ada watak yang sesuai dengan dirinya lagi.

``Mungkin watak Datin bolehlah saya lakonkan,'' katanya sambil berseloroh apabila ditanya mengenai watak yang diinginkan olehnya.

Walaupun tiada halangan untuknya berlakon setelah enam anaknya mempunyai keluarga sendiri dan kematian suami sejak lima tahun lalu, namun Salmah masih belum bersedia.

``Kalau ada tawaran watak yang saya rasa sesuai tentu saya akan berlakon lagi,'' katanya yang mula berlakon pada tahun 1956 menerusi filem Pontianak.

Pelakon itu banyak bergandingan dengan Allahyarham Abdullah Chik, Mustapha Maarof dan Allahyarham Datuk Mahmud June.

Antara filem lakonannya semasa zaman kegemilangan filem Melayu ialah Anak Pontianak, Sumpah Pontianak, Jula Juli Bintang Tujuh, Nur Islam, Tun Mandan dan banyak lagi.

Dia juga masih menyimpan beberapa judul filem lakonannya dalam bentuk video cakera padat apabila anak-anaknya membelinya.

Bagaimanapun, Salmah juga kecewa apabila filem sulungnya Pontianak tidak mungkin dapat ditonton lagi kerana ia telah dimusnahkan oleh penerbit filem itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.