saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/02/2002

Siti Nurhaliza - Konsert kenang Sudirman


Siti Nurhaliza menunjukkan album kompilasi terbaru Sudirman.


Oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin
Penyanyi Siti Nurhaliza adalah antara remaja yang membesar bersama lagu-lagu dendangan Allahyarham Sudirman Arshad. Siti Nurhaliza mengenali Sudirman daripada lagu-lagu yang akrab dengan nilai-nilai setempat.

Lagu seperti Balik Kampung, Pelangi Petang, Salam Terakhir dan Nilai Cintamu misalnya, begitu dekat dengan jiwa penyanyi paling popular itu.

Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir adalah ekspresi rasa kagum Siti Nurhaliza kepada Sudirman yang menjadi idolanya dalam bidang nyanyian.

Siti Nurhaliza akan diiringi oleh 60 pemuzik orkestra yang dianjurkan bersama oleh Istana Budaya, syarikat rakaman EMI dan Siti Nurhaliza Production (SNP).

Konsert itu akan berlangsung selama empat hari bermula 30 Mei hingga 2 Jun depan.

Menurut Siti Nurhaliza, peluang muncul dalam konsert ini adalah sesuatu yang amat bererti sepanjang kariernya dalam bidang nyanyian.

``Macam mimpi menjadi kenyataan dan penghargaan ini amat tinggi nilainya kepada saya,'' kata Siti Nurhaliza selepas sidang akhbar mengenai konsert itu di Istana Budaya Selasa lalu.

Pada majlis itu, EMI turut melancarkan album Sudirman No.1s yang memuatkan 18 lagu-lagu popular Allahyarham.

Menurut Siti Nurhaliza, idea untuk membabitkan diri dalam konsert khas mengenang Sudirman sudah tercetus semenjak beberapa tahun lalu.

Malah, Siti Nurhaliza pernah memperlihatkan rasa kagumnya kepada Sudirman dalam konsert solo pertamanya beberapa tahun lalu dengan mengadakan segmen khas, Tribute To Sudirman.

Melihat sambutan baik yang diberikan semua pihak ketika itu telah memberi semangat kepada penyanyi ini untuk muncul dengan konsert bertaraf eksklusif seperti ini.

``Saya melakukan ini sebagai tanda kekaguman terhadap ketokohan dan kehebatan Sudirman sebagai penyanyi yang akan kekal dalam lipatan sejarah hiburan di negara kita,'' kata Siti Nurhaliza lagi.

Banyak penyanyi angkatan baru yang menjadikan ketokohan Sudirman dalam bidang seni sebagai dorongan dan semangat untuk sentiasa memberikan yang terbaik kepada industri.

``Sudirman membuktikan kepada semua bahawa sesuatu yang popular itu perlu berkualiti,'' tegas Siti Nurhaliza.

Untuk menjayakan konsert ini, kata Siti Nurhaliza, dia tidak terlalu berkira soal bayaran kerana yang penting ialah penghargaan istimewa kepada penghibur popular yang sudah meninggalkan kita sedekad lalu. Sudirman meninggal dunia pada 22 Februari 1992 dan esok genap sedekad peminat kehilangan Sudirman.

Sementara itu, Ketua Pengarah Istana Budaya, Dr. Hatta Azad Khan berkata, konsert orkestra ini akan dipimpin oleh Mustafa Fuzer Nawi dan iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Beliau menjelaskan, pemilihan Siti Nurhaliza pula dibuat berdasarkan personalitinya yang amat dikagumi oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.

Ketika ditanya mengenai tarikh konsert berkenaan yang dibuat selepas ulang tahun ke sepuluh pemergian Sudirman, Dr Hatta menjelaskan, mengenang Sudirman bukan saja pada bulan Februari.

Dr Hatta memberitahu, kos penerbitan konsert ini antara RM200,000 hingga RM300,000.

Tiket berharga RM 250, RM 200, RM 150, RM 100 dan RM 50 ringgit akan dijual bermula 1 Mac ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.