saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/02/2002

Kekesalan penerbit filem KL Menjerit

Luahan Rasa
ISU yang paling memualkan untuk dibicarakan dalam dunia seni tanah air ialah cetak rompak. Tidak ada siapa di kalangan penggiat seni tempatan dapat melarikan diri daripada dibelenggu masalah ini.

Terbaru, syarikat penerbit filem KL Menjerit iaitu Tayangan Unggul Sdn. Bhd. turut terheret dalam gejala tidak sihat itu.

Filem arahan Badaruddin Azmi itu dikesan menjadi mangsa sindiket cetak rompak seminggu selepas filem tersebut ditayangkan kepada umum.

KL Menjerit lakonan Rosyam Noor, Nisda, Liza Hanim, Faizal Hussein dan ramai lagi merupakan filem Melayu pertama untuk tayangan tahun 2002.

Filem itu mendapat sambutan luar biasa di kalangan penonton filem-filem Melayu kerana kutipan tiketnya sudah melebihi RM2 juta.

Bagaimanapun, ketika para penerbit, pelakon dan tenaga produksi menarik nafas lega, mereka dikejutkan dengan berita KL Menjerit menjadi mangsa cetak rompak.

Penerbit Kanan Produksi Tayangan Unggul, Jurey Latiff Mohd. Rosli dalam luahannya kepada Pancaindera terlalu kecewa dengan perkembangan itu.

Katanya kepada wartawan SAHARUDIN MUSTHAFA, jenayah cetak rompak itu amat serius dan dia mengharapkan pihak berkuasa akan bertindak tegas menanganinya.

DALAM keadaan sekarang tiada apa yang mampu saya katakan melainkan terlalu marah dan kecewa kerana filem KL Menjerit menjadi mangsa cetak rompak.

Lebih menyedihkan, gejala ini berleluasa di negeri dan daerah-daerah yang tidak memiliki pawagam. Ia menyebabkan penonton tidak mempunyai pilihan melainkan membeli CD cetak rompak. Antara bandar yang dikenal pasti ialah Alor Setar.

Tidak ketinggalan juga di Petaling Jaya, Selangor. Di sana, cakera padat cetak rompak KL Menjerit turut dijual di tempat terbuka.

Kami di Tayangan Unggul mendapat tahu mengenai kegiatan haram itu berikutan maklum balas daripada peminat dan hasil tinjauan yang kami lakukan sendiri.

Apa yang membimbangkan saya dan penggiat filem yang lain ialah jika terus-terusan keadaan begini berlaku, filem Melayu sudah tentu akan menemui jalan malap.

Sebagai pembikin filem, kami sebenarnya begitu kecewa apabila filem kami dicetak rompak.

Bayangkan selepas mengeluarkan wang yang banyak sebagai modal, pelaburan itu akhirnya dicuri pula oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Tidak cukup itu, kasihanilah juga kami yang telah bekerja begitu keras pagi, petang, siang dan malam tanpa mengira penat semata-mata untuk menghasilkan sebuah filem yang menarik untuk tontonan ramai.

Malangnya, usaha dan penat lelah kami menjadi bahan permainan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sedaya upaya kami di Tayangan Unggul cuba untuk mendidik masyarakat agar terus memberi sokongan kepada filem-filem terbitan anak tempatan.

Jangan memberi sokongan kepada sindiket yang mencetak rompak penerbitan kami.

Walaupun ada pihak ingin untung dengan cepat, jangan pula menagihnya daripada hasil titik peluh orang lain.

Kami juga menjangkakan gejala ini berlaku kerana pihak yang mencetak rompak melihat para peminat kini mula memberi perhatian kepada filem tempatan.

Justeru, menyedari filem KL Menjerit mempunyai masa depan yang baik, mereka awal-awal lagi mengambil kesempatan.

Bagaimanapun, dalam satu aspek lain, Tayangan Unggul bernasib baik kerana KL Menjerit tidak seperti dua filem kami sebelum ini iaitu Nafas Cinta dan Sara yang dicetak rompak dalam masa yang singkat antara sehari ke dua hari tayangan filem berkenaan di pawagam.

Bagi filem KL Menjerit, filem ini menjadi perhatian cetak rompak selepas seminggu ia ditayangkan.

Biarpun begitu, kekecewaan dan rasa marah sukar untuk kami sembunyikan lagi.

Selepas ini kami mempunyai sebuah lagi filem iaitu Idola yang bakal menemui penonton. Berikutan keadaan sekarang kami begitu resah dengan masalah cetak rompak, apatah lagi apabila tayangan filem Idola nanti turut membuatkan kami bimbang.

Justeru, sebelum Idola ditayangkan kepada umum, kami bekerja lebih keras dan melipat- gandakan usaha mengadakan post mortem bagi memastikan filem itu tidak menjadi mangsa cetak rompak.

Untuk itu saya mengharapkan sokongan padu daripada semua pihak untuk sama-sama membantu menangani masalah ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.