saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/02/2002

Idola - Filem berjiwa remaja

Normala bersama Norman dalam salah satu adegan filem Idola.


Oleh Khadijah Ibrahim
Filem Idola dianggap tidak bersifat mengongkong kebebasan berkarya pengarahnya, Aziz M. Osman. Malah, Aziz menggunakan elemen-elemen persekitaran yang ada hubungan dengan dirinya sebagai bahan yang boleh dijadikan filem yang menarik.

Tidak hairanlah Idola dilihat sebagai sebuah filem yang tidak berat, berjiwa remaja dan diisi pengajaran khusus kepada golongan remaja dengan mengambil pendekatan hiburan.

Dalam Idola, walaupun pendekatannya lebih kepada remaja, Aziz menggunakan kematangan cara berfikir dengan menggarapkan filem itu supaya sesuai untuk tontonan semua peringkat usia.

Malah, filem itu diklasifikasikan untuk tontonan seisi keluarga.

Seperti kata Aziz, ketika ditemui pada majlis pratonton filem itu di ibu kota, kelmarin, Idola juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial daripadanya untuk peminat-peminat filem tempatan.

Menurutnya, sebagai pengarah yang mempunyai anak-anak yang meningkat remaja, dia lebih senang menonjolkan filem yang dapat memberi hiburan dan pengajaran kepada generasi muda.

Ini kerana, apa yang tersirat di dalam filem terbitan Tayangan Unggul itu diadaptasikan daripada senario persekitaran.

``Sebagai seorang bapa, saya mahu anak-anak menonton filem yang mempunyai pengajaran. Sebab itulah, menerusi Idola saya lebih tekankan hubungan keluarga.

``Pada waktu yang sama juga, saya cuba menyelitkan unsur-unsur komedi kerana cerita sebegitu sering menjadi pilihan keluarga,'' katanya mengenai Idola yang boleh dilabelkan sebagai filem muzikal romantik komedi.

Filem itu akan ditayangkan di seluruh negara pada 7 Mac. Biarpun filem yang menjalani penggambaran selama 40 hari itu diselitkan dengan nilai-nilai komersial, secara asasnya, Aziz cuba menyelitkan mesej yang tersendiri.

Katanya, Idola bukanlah sekadar hiburan, tetapi penuh dengan pengajaran untuk semua orang agar jangan melihat sesuatu perkara daripada skop yang sempit.

Selain itu, filem tersebut juga kaya dengan nilai-nilai kasih sayang antara ahli keluarga dan falsafah yang boleh diguna pakai oleh semua pihak.

Malahan, Aziz mengaku, filem Idola dibuat khas untuk Allahyarham bapanya, M. Osman yang menjadi idolanya sejak kecil lagi.

Katanya, kalau seseorang itu mempunyai tunjang didikan yang teguh, ke mana saja pergi pasti akan kembali kepada tempat asal.

Itulah yang cuba ditonjolkan pada watak Elise lakonan Jeslina Hashim yang akhirnya tetap memilih abangnya Mukriz sebagai pengurus setelah menyedari kesalahan dirinya.

Tambah Aziz lagi, untuk menghasilkan filem Idola tidaklah serumit Seri Dewi Malam kerana watak Mukriz yang dilakonkan oleh Norman Hakim itu merupakan personalitinya sendiri.

``Idola bukan sebuah filem berat, tetapi realiti kehidupan. Saya cuba adaptasikan apa yang berlaku di sekeliling dan para pelakon pula membawa watak tersebut dengan cara mereka tersendiri.

``Sebenarnya, apa yang ditonjolkan sering berlaku dalam kehidupan seharian. Saya cuma menceritakan apa yang saya tahu,'' jelasnya.

Aziz yang sebelum ini mengarah filem Lagi-Lagi Senario tidak menyasar jumlah kutipan yang akan diperolehi oleh Idola. Katanya, dalam penghasilan filem, dia tidak pernah menyasar kutipan yang akan diperoleh.

Sebaliknya, dia hanya berharap setiap filem arahannya akan ditonton ramai kerana dalam berkarya, dia ingin mencatat satu mercu tanda.

Jelasnya, dia ingin mengikut jejak langkah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang berjaya mencatat sejarah peribadi kerana perjuangan seninya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.