saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/03/2002

Anak Mami kutip RM1.4 juta seminggu tayangan

Pie, Emylia Rosnaida dan Farouk dalam adegan filem Anak Mami The Movie.


TANPA penyanyi ternama atau bintang popular sebagai `pelaris' filem Anak Mami The Movie (AMTM) mencatat kejayaan memberangsangkan pada minggu pertama tayangannya di pawagam. Filem itu ditayangkan pada 21 Februari.

Filem arahan Abdul Razak Mohaideen yang menampilkan kehidupan keluarga peranakan di Pulau Pinang itu ini mencatat kutipan sebanyak RM1.4 juta.

Ternyata, formula yang digunakan oleh Razak dengan menampilkan banyak pelakon drama, tanpa mengharapkan pada sinaran seorang dua bintang ternama membawa filem ini di tahap yang membanggakan.

Perkembangan ini adalah baik kerana peminat mula memberi perhatian kepada filem tempatan di mana sebelum ini, filem KL Menjerit berjaya mengutip hampir RM2.5 juta. Filem arahan Badaruddin Azmi yang diterbitkan Tayangan Unggul ini sekarang masih lagi ditayangkan di pawagam.

AMTM yang diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) merupakan kesinambungan pada tiga siri drama Anak Mami, Menantu Mami dan Cucu Mami yang pernah disiarkan di TV3 beberapa tahun lalu. Menurut Razak, formula menggunakan pelakon drama merupakan sesuatu yang baru kepada industri perfileman tempatan.

``Saya berani mencuba resipi ini kerana berpendapat setiap pelakon drama ini tentunya mempunyai sekurang-kurangnya 10,000 peminat yang akan datang menonton filem ini,'' katanya kepada Utusan.

Menurut Razak, meskipun kurang laris di filem, pelakon yang menghiasi AMTM mempunyai kehebatan dan nama besar di dalam genre drama sebelum ini.

``Kerana itu, tidak sukar untuk membentuk karakter watak mereka di dalam filem ini.

``Bakat berlakon mereka ada, cuma sebelum ini tidak didedahkan kepada filem kerana banyak yang kurang yakin dengan keupayaan pelakon drama dalam menarik khalayak ke pawagam,'' katanya lagi.

Razak juga berpendapat, faktor plot sampingan yang lebih banyak digunakan dalam filem ini juga membantu kejayaan AMTM.

``Konsep lebih daripada dua sub plot mungkin baru di negara ini, tetapi tidak di luar negara termasuk Bollywood. Bagaimanapun, saya berani mencuba formula pelbagai sub plot ini kerana mahu memberi kepuasan yang lebih maksima kepada penonton,'' katanya lagi.

Menyentuh mengenai filem berkenaan juga, sehingga sekarang sudah ada beberapa syarikat yang berminat untuk membeli hakcipta mengeluarkan filem berkenaan dalam bentuk cakera padat dan video.

Pengarah muda yang juga pensyarah perfileman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini juga tidak menolak kemungkinan untuk menyambung AMTM II selepas ini.

``Saya sudah mempunyai naskhah skrip untuk sambungan filem ini. Bagaimanapun, semuanya terpulang kepada pihak GBSB sama ada berminat atau tidak untuk menyambung filem ini,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.