saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/03/2002

Filem Idola hadiah Aziz buat arwah bapa

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA dan NORZAILA ROSLI
Foto NORAZLINA JAAFAR

TERLALU banyak yang boleh diperkatakan mengenai filem terbaru terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd., Idola arahan pengarah tersohor Aziz M. Osman.

Selepas filem Lagi Lagi Senario, buah tangan terbaru Aziz ini dijangka menjadi sebutan penonton dan pencinta filem Melayu sekali lagi.

Idola menggabungkan pakej yang menarik. Pelakon-pelakon yang membintangi filem ini semuanya menampilkan lakonan yang baik.

Normala Samsudin, pelakon utama filem ini benar-benar mengejutkan kerana dia tidak lagi kaku seperti lako-

nan sulungnya dalam Gerak Khas The Movie.

Personaliti televisyen terkenal itu berubah 100 peratus `di tangan' Aziz.

``Saya berpuas hati kerana Aziz banyak memberi kepercayaan dan tunjuk ajar,'' kata Normala ketika diminta mengulas wataknya dalam Idola.

Demikian juga dengan Jeslina

Hashim - bintang yang sekali lagi

menjadi pilihan Aziz selepas bakatnya diasah menerusi filem Seri Dewi Malam.

Berdasarkan kemampuannya berlakon, jangan terkejut andai kata suatu hari nanti peminat seni tanah air akan lebih mengenali Jeslina sebagai pelakon dan bukannya seorang penyanyi.

Menurut Jeslina, penglibatannya dalam Idola dianggap lebih memberi kepuasan berbanding dengan persembahannya dalam filem Seri Dewi Malam di mana dia melakonkan watak gadis buta.

``Idola mencabar saya khususnya berhubung aspek fizikal dan yang penting saya puas hati sebab dapat membantu watak-watak utama lain dalam filem itu,'' kata Jeslina yang memegang watak Elise, seorang penghibur muda yang menjadi kegilaan Nana (lakonan Sharifah Aleya).

Skrip filem Idola juga tidak terlalu longgar, bahkan ia menyimpan mesej tersendiri jika dikaji secara mendalam.

Sebagai pengarah, Aziz mengakui setiap karakter yang ditampilkan dalam filem itu mempunyai hubungan dengan apa yang berlaku dalam masyarakat.

Menurut Aziz, Idola juga didedikasikan khas buat bapanya, Allahyarham M. Osman yang telah kembali ke rahmatullah.

``Apa yang diceritakan dalam filem ini ialah secara moralnya kalau akar tunjang itu baik, apabila ditempuh badai sekalipun ia akan kembali kepada asal.

``Dengan tunjang yang kuat, ke mana sahaja kita pergi, kita akan ada pedoman,'' kata Aziz.

Cerita yang dipaparkan dalam filem ke-16 arahannya ini, kata Aziz, boleh berlaku pada sesiapa sahaja.

``Ramai yang memandang sepi golongan artis kerana tahap pendidikan yang mereka terima.

``Lantaran itu, saya menterjemahkan realiti sebenar dunia seni ke dalam Idola untuk menukar persepsi masyarakat,'' kata Aziz lagi mengenai filem itu yang sesuai untuk tontonan keluarga.

Menjawab satu soalan lain Aziz memberitahu, dia tidak pernah meletakkan harapan setiap filem arahannya akan mencatat angka kutipan sehingga lebih RM6 juta seperti yang dicapai oleh filem Lagi Lagi Senario.

``Jika Tuhan sudah menentukan rezeki saya pada jumlah tertentu, saya bersyukur. Saya tidak pernah meletakkan sasaran,'' katanya.

Pengarah itu juga tidak selesa jika ada orang mengatakan pencapaiannya itu boleh menggugat kedudukan pengarah dan penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam.

Kata Aziz, dia tidak mahu menghasilkan filem yang kosong dan berkarya semata-mata untuk mencari duit.

``Saya mahu menjadi seperti P. Ramlee. Saya mahu filem-filem saya menjadi seperti filem-filem allahyarham,'' ujarnya lagi.

Selain Normala Samsudin dan Jeslina, Idola turut dilakonkan oleh Norman Hakim, Sharifah Aleya, Danny X-Factor, Julie Dahlan dan M. Rajoli.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.