saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/03/2002

In-Team teruskan perjuangan nasyid

Kumpulan In-Team.


Album: In-Team
Judul: Impian Kasih
Penerbit: Munif Ahmad, Isman Isam dan Faizal Osman
Terbitan: Hijjaz Music Entertainment

Dalam kemarau seni yang melanda industri muzik tempatan, kumpulan nasyid In-Team yang dianggotai oleh empat pemuda yang masih belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berjaya mencatat sejarah tersendiri.

Meskipun sekarang ini, irama nasyid tidak lagi menguasai pasaran, namun kehadiran In-Team tetap di hati peminat.

In-Team yang dianggotai oleh Syam, Mie, Syah dan Amin tidak menduga kehadiran mereka mendapat sokongan daripada peminat-peminat tempatan.

Ternyata, percaturan mereka menerusi album pertama Kasih-Kekasih memberi pulangan yang menggalakkan.

Kejayaan album pertama itu mendorong In-Team tampil dengan album kedua berjudul Impian Kasih.

Impian Kasih adalah kesinambungan kepada lagu Kasih-Kekasih.

Malahan, lagu Rabiatul Adawiyah yang dimuatkan dalam album itu juga adalah susulan daripada lagu Siti Khadijah dan Jangan Kita Lupa pula dicipta berdasarkan kepada lagu Jangan Sia-Siakan.

Seperti kumpulan nasyid lain, In-Team mengaku, pembabitan mereka dalam bidang seni adalah untuk menyampaikan dakwah menerusi lagu-lagu nasyid untuk rakan-rakan sebaya.

Menurut In-Team, mereka sengaja menampilkan kesinambungan untuk beberapa lagu kerana mahu peminat memahami mesej yang ingin disampaikan.

Bersesuaian dengan hasrat murni mereka itu, kebanyakan lagu yang dipersembahkan lebih cenderung kepada irama yang menepati kehendak generasi muda.

Namun begitu, In-Team tetap mengekalkan elemen-elemen muzik nasyid dalam lagu-lagu dendangan mereka.

Apa yang penting, jelas In-Team, mesej yang disampaikan dapat diterima oleh pendengar.

Kata Syah, kalau dalam album pertama In-Team membawa mesej supaya menjaga batas-batas susila dan mengikut lunas-lunas agama, kini tumpuan diberikan kepada persediaan menjadi seorang suami yang mithali.

Lagu-lagu lain yang dimuatkan dalam album itu ialah Selamatkan Dunia, Lilin Seorang Guru, Balasan Amal, Insan Mulia, Selawat Nabi, The Messenger of Allah dan Hembusan Kasturi.

Selain itu, lagu di dalam album itu juga diselitkan juga madah dan penceritaan yang berbentuk nasihat untuk menampilkan kelainan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.