saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 04/03/2002

Pil Viagra - Ramai tidak hirau kesan sampingan

Mukadimah
MALAYSIA adalah antara negara pengguna terbesar pil Viagra dengan 40,000 orang mendapat priskripsi ubat ini secara tetap.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk jumlah mereka yang menyalahgunakan pil berkenaan.

Viagra - ubat perangsang seks menarik perhatian ramai lelaki terutama yang muda untuk menggunakannya walaupun ia tidak baik untuk kesihatan.

Persoalannya, apakah penggunaan meluas pil Viagra di kalangan lelaki Malaysia disebabkan faktor kesihatan atau kerana kepentingan komersial.

Wartawan Keluarga, Roslah Othman membuat tinjauan sejauh mana kisah Viagra yang dikatakan mampu meningkatkan rangsangan seks mempengaruhi lelaki negara ini.

([email protected])
PADA tahun 1997 dan 1998, jumlah lelaki yang mengalami masalah mati pucuk (erectile dysfunstion) atau ED mencecah kepada 1.7 juta orang. Menurut Ketua Klinikal Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Mohd. Ismail Thamby, daripada jumlah itu, hanya enam peratus lelaki mendapatkan rawatan doktor.

``Apabila usia meningkat, makin banyak masalah ED dan masalah ini memang agak ketara.

``Tetapi kita dapati, hanya enam peratus lelaki mendapatkan rawatan doktor untuk mengatasi masalah itu,'' katanya.

Dalam satu pertemuan dengan Keluarga baru-baru ini, beliau berkata, LPPKN pernah mengadakan kajian untuk melihat kadar mati pucuk di kalangan mereka berumur lebih 40 tahun pada tahun 1997.

Kajian itu diadakan dengan kerjasama Frank Small & Associate dan juga pakar dari New England Research Institut di Boston.

``Hasilnya, kita mendapati 1.7 juta lelaki negara ini yang berumur 40 tahun ke atas mengalami ED,'' katanya.

Dr. Mohd. Ismail memberitahu, ia dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama, lelaki berkenaan tidak mendapat ereksi sekali sekala. Fasa kedua, sering tidak mendapat ereksi dan fasa ketiga, langsung tidak menunjukkan ereksi.

Bagi tahap pertama, sejuta lelaki dikenalpasti mengalami masalah itu manakala tahap kedua dan ketiga membabitkan 600,000 orang.

``Ini adalah kajian komuniti dan dilakukan melalui temubual telefon dan perbincangan secara bersemuka,'' jelasnya.

Menyentuh mengenai pengambilan pil viagra di kalangan mereka yang mengalami masalah ED, Dr. Mohd. Ismail berkata, ubat yang mendapat sambutan di seluruh dunia itu memerlukan preskripsi doktor.

``Bagi orang yang tidak ada masalah kesihatan, ubat ini selamat dan tidak memudaratkan. Mungkin kalau adapun, enam hingga tujuh peratus pengambilnya pada peringkat awal akan mengalami kebengangan,'' katanya.

Dr. Mohd. Ismail menambah, bagi yang mengalami kencing manis yang tidak terkawal akan mengalami gangguan penglihatan dan ada sebilangan kecil satu hingga dua peratus mengalami kehangatan pada bahagian dahi.

``Sebilangan kecil juga akan berasa seolah-olah hidung tersumbat,'' ujarnya.

Pil Viagra satu ketika dulu digunakan oleh penghidap sakit jantung bagi membuka saluran darah di jantung sebelum ia digunakan untuk merangsang syahwat .

``Bayangkan keadaan kalau seseorang lelaki itu makan ubat untuk sakit jantung yang ada nitrat, ambil pula Viagra, ia menjadikan kesan yang berganda kepada jantung dan kemungkinan besar jantung mengembang dan seterusnya mendapat serangan jantung,'' tegasnya.

Beliau memberitahu, pesakit yang mengambil ubat nitrat untuk mengurangkan sakit dada lebih berisiko tinggi apabila mengambil Viagra.

Jelasnya, campuran kedua-dua ubat itu boleh menyebabkan strok atau serangan jantung serta kematian, termasuk kepada pesakit jantung yang tidak mengambil nitrat. Sementara itu, dalam hubungan kelamin pula, kata Dr. Mohd. Ismail, ia memerlukan stamina dan tenaga.

``Kalau lelaki itu sudah berumur dan tidak ada tenaga bagaimana hubungan kelamin hendak dilakukan. Mengambil Viagra tanpa mengetahui kemampuan kemungkinan besar boleh menyebabkan kematian,'' tegasnya.

Ditanya pandangannya mengenai fenomena pengambilan pil Viagra di kalangan lelaki yang sihat, katanya, ia semata-mata mencari keseronokan ketika melakukan hubungan seks.

``Keinginan untuk mencuba menjadi faktor peningkatan jumlah pengambilan pil berkenaan di Malaysia. Jika sebelum ini lelaki yang mengalami masalah ED mengambil Viagra sebagai rawatan alternatif bagi membantu masalah yang dihadapi, kini ia menjadi pilihan bagi lelaki sihat pula,''ujarnya.

Dengan mengambil pil tersebut ia dipercayai dapat meningkatkan keupayaan tenaga dan nafsu terutama ketika melakukan hubungan seks.

Perkembangan itu, kata Dr. Mohd. Ismail sebenarnya membimbangkan terutama dalam masyarakat yang lebih terbuka dan permisif.

``Viagra mungkin dianggap sebagai bahan rekreasi oleh sesetengah pihak, iaitu digunakan untuk berseronok-seronok oleh mereka yang tidak mengalami ED,'' jelasnya.

Bagi pesakit ED pula, Viagra telah membuka satu lembaran baru dalam kehidupan mereka sehingga banyak pula karenah lain timbul.

Dr. Mohd.Ismail tidak menafikan keghairahan mengenai seks di kalangan masyarakat semakin ketara, malah ada yang tidak segan silu bercerita mengenai kelakian masing-masing ketika bersama pasangan kepada rakan-rakan lain.

``Lantaran menganggap alat sulit mereka sebagai senjata paling hebat, juga lambang kelelakian dan keupayaan, mereka sanggup berbuat apa sahaja demi memuaskan diri mahupun pasangan,'' katanya.

Malah bukan sesuatu yang menghairankan jika terdapat segelintir lelaki yang menggunakan alat-alat seperti bulu ayam, bebola kecil, getah dan sebagainya semata-mata mahu memuaskan diri dan pasangan.

``Keegoan lelaki tidak sekadar dilihat daripada tingkah laku dan perbuatan mereka sahaja. Paling ketara ketika mengadakan hubungan seks dengan pasangan.

``Biasanya mereka mahu dilihat sebagai seorang yang hebat atau mahu dikenang selama-lamanya terutama ketika bersama pasangan di ranjang,'' ujarnya.

Malah katanya, demi mempertahankan keegoan agar tidak musnah ada yang sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesan sampingan lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zuhur 1:29
Asar 4:46
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.