saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/03/2002

Sanggar Mustika mercu seni Siti Nurhaliza

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
TEPAT pukul 1.30 petang hari ini, satu lagi sejarah akan terpahat dalam dunia seni Malaysia. Bertempat di pusat membeli-belah 1-Utama, Damansara, Petaling Jaya, penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza akan melancarkan album terbarunya, Sanggar Mustika.

Album berkonsepkan irama tradisional itu merupakan album solo ketiga Siti yang menampilkan sentuhan emas Pak Ngah selain turut mendapat khidmat komposer tersohor, Ramli M.S dan S. Atan.

Bersesuaian dengan kekayaan perbendaharaan seni tanah air, album itu memuatkan pelbagai rentak seperti joget, keroncong, inang dan canggung.

Namun, fokus album Siti kali ini lebih tertumpu kepada irama padang pasir yang menjadi trend pasaran muzik kontemporari.

Sanggar Mustika diilhamkan daripada hasrat murni Siti untuk meletakkan irama tradisional di mercu yang sewajarnya.

Sebanyak lapan buah lagu terbaru terpilih dimuatkan dalam Sanggar Mustika selain dua buah lagu lama.

Lagu-lagu ciptaan baru ialah Nirmala, Kurik Kundi, Joget Senyum Memikat, Panas Berteduh Gelap Bersuluh, Badarsila, Syair Kamelia, Di Batas Masa dan Sulam Sembilan.

Dua buah lagu lama yang dirakam dan digubah semula ialah Bunga Melur (pernah dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee) dan Bisikan Hati (lagu asal oleh Datin Rafeah Buang).

``Album Sanggar Mastika ini terlalu bermakna buat Siti kerana sudah hampir dua tahun Siti tidak muncul dengan album tradisional.

``Sesuai dengan pasaran semasa, Siti turut menyelitkan irama padang pasir dalam lagu Nirmala yang menceritakan perihal isteri Nabi Muhammad s.a.w., Siti Aishah yang difitnah oleh kaum munafik Mekah,'' kata Siti kepada Pancaindera baru-baru ini.

Menurut Siti, album itu akan mula berada di pasaran muzik tempatan pada 11 Mac termasuk untuk pasaran negara jiran Singapura dan Brunei.

Bagaimanapun, Sanggar Mustika hanya akan memasuki pasaran Indonesia sekitar April nanti.

Bersesuaian dengan kemunculan Siti bersama album terbaru, Pancaindera diberi kesempatan menyiarkan foto diva pop muda itu.

Foto-foto Siti sudah pasti akan membuatkan ribuan peminat setia gadis manis berusia 23 tahun itu terpukau.

Kali ini Siti memilih fesyen rekaan pereka ternama Rizalman Ibrahim dan baju-baju rekaan butik Embun.

Jurusolek Nurul Shukor pula bertanggungjawab menata wajah penghibur muda ini.

Menceritakan lebih lanjut perkembangan terbaru dirinya, Siti berkata, dia baru sahaja pulang dari Jakarta selepas menjalani penggambaran dua buah klip video iaitu Nirmala dan Badarsila.

``Siti berasa serasi bekerja dengan pengarah Rizal Mantovani yang sebelum ini pernah menghasilkan klip video Percayalah.

``Siti rasa usaha Siti ini boleh mengakrabkan kerjasama serantau, tambahan pula kita berkongsi rumpun seni yang sama,'' katanya lagi.

Pancaindera turut diberi kesempatan menyiarkan foto-foto ketika Siti menjalani penggambaran klip video di Jakarta.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.