saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/03/2002

Princess giat menggilap nama

Oleh Khadijah Ibrahim
Walaupun kumpulan Princess telah muncul dengan album sulung sejak Oktober lalu, kehadiran mereka dalam dunia seni masih lagi kelihatan samar.

Ini kerana ada kalangan peminat masih tidak menyedari bahawa Princess telah pun ada album berjudul Dunia yang menampilkan konsep pop komersial.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album itu ialah Selamat Tinggal Kepada Cinta, Dunia, Kasih, Sha La...la..., Kau Segalanya, Sha La... La... Lagu Cinta Kita, Kembalilah, Kerana Cinta, Bebas dan Cinta ini.

Lebih malang apabila lagu-lagu dari album terbitan John Goh itu kurang mendapat perhatian pihak stesen radio.

Walaupun promosi di media elektronik kurang namun Princess yang dianggotai oleh Sherry, Niky, Iyda dan Alwin tidak pernah mengaku kalah.

Sebaliknya semangat empat remaja itu semakin kental dan berpegang kepada prinsip pantang berundur sebelum kalah menyebabkan mereka berusaha mempromosi diri melalui persembahan pentas.

Ternyata usaha gigih mereka itu mendatangkan hasil apabila nama Princess kini mula mendapat perhatian penganjur.

Menurut Sherry, sebagai artis baru mereka tidak terlalu bergantung harap pada syarikat rakaman.

``Sebagai orang baru memanglah kami masih mencari arah untuk mengatur langkah dan sepatutnya menyerahkan segala urusan kepada syarikat. Tapi bagi kami apa salahnya berusaha sendiri kalau ia mendatangkan kebaikan,'' jelasnya yang masih lagi menyanyi di se-buah kelab malam di Negeri Sembilan.

Katanya, hasil daripada usaha mereka itu, kini Princess sering diundang mengadakan persembahan makan malam. Selain persembahan makan malam, Princess juga sering diundang mengadakan pertunjukan amal.

Menurut Sherry, walaupun menerusi persembahan amal mereka tidak mendapat bayaran namun kesempatan yang diberi oleh penganjur dapat membantu Princess mempromosi diri.

Terbaru Princess akan muncul dalam Konsert Amal Ehsan Afghan yang akan diadakan pada 6 April ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Konsert yang bertujuan untuk mengutip derma bagi Tabung Ehsan Pelarian Afghan memberi peluang pada Princess untuk mengadakan persembahan bersama beberapa artis popular yang lain.

Menurut Alwin, sebagai artis baru Princess merasa gembira kerana di konsert itu mereka dapat bertukar-tukar pandangan dan berbakti kepada yang memerlukan bantuan.

``Pada Princess konsert sebegitu dapat mengeratkan lagi hubungan sesama artis di samping berbakti kepada masyarakat. Princess tidak akan menolak sebarang persembahan amal kerana sebagai artis baru kami amat memerlukan pendedahan untuk mengenali peminat,'' jelasnya.

Dalam diam Princess mempunyai strategi sendiri. Selain rancak menjayakan persembahan pentas, Princess juga berjinak-jinak dengan bidang iklan.

Princess telah mendapat kepercayaan pihak Marsha Cosmetic untuk menjadi jurucakap jenama itu. Kata Nicky, Princess dipilih sebab barangan perawatan kecantikan produk tersebut sesuai untuk kegunaan golongan muda.

``Sebelum menjadi jurucakap Marsha Cosmetic, kami terlebih dahulu mencuba produk tersebut dan ternyata memberi kesan positif. Bila sudah mencuba barulah kita dapat menerangkan pada orang lain dengan mudah,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.