saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/03/2002

Aziz - Kesal Idola terpaksa bersaing


PELAKON utama Idola Norman Hakim dan Normala Shamsuddin.


Oleh Tengku Khalidah Bidin
Pengarah Aziz M. Osman melahirkan kekesalan apabila filem arahannya Idola terpaksa bersaing hebat dengan filem Anak Mami The Movie (AMTM) di pawagam seluruh negara pada masa ini.

Menurut Aziz, belum sampai masanya untuk filem tempatan bersaing sesama sendiri, apatah lagi dalam suasana peminat di negara ini mula menerima kembali filem-filem Melayu.

Katanya, pertembungan itu sebenarnya mendatangkan masalah dari segi kutipan pada kedua-dua filem berkenaan, walaupun ia dianggap persaingan sihat.

Idola memasuki pawagam selepas dua minggu Anak Mami The Movie mendapat sambutan hangat dengan kutipan terbaru mencecah hampir RM3 juta.

Idola menerima tamparannya apabila tayangan pada hari pertamanya hanya mencatat kutipan sebanyak RM38,088, berbanding RM52,000 bagi Anak Mami The Movie untuk tempoh yang sama.

``Saya benar-benar kesal dan kecewa apabila Idola yang memberi fokus kepada soal kekeluargaan terpaksa bersaing hangat dengan sebuah filem komedi.

``Dalam keadaan pasaran yang masih tidak menentu, filem kami terpaksa bersaing antara satu de-ngan lain,'' katanya kepada Utusan.

Aziz mengulas laporan akhbar ini semalam mengenai kekesalan pengarah Anak Mami The Movie, Abdul Razak Mohaideen apabila filemnya terpaksa berkongsi penonton dengan filem Idola.

Idola dibintangi oleh pelakon utamanya Norman Hakim dan Normala Shamsuddin.

Abdul Razak melahirkan kekecewaannya apabila pihak Finas yang bertanggungjawab mengatur tayangan tidak memberi laluan terlebih dahulu kepada filem arahannya untuk bertahan lebih lama di pawagam.

Menurut Aziz lagi, industri filem tempatan masih kekurangan penonton meskipun kebelakangan ini terdapat beberapa filem yang mendapat sambutan hangat seperti Lagi-Lagi Senario dan KL Menjerit.

``Bagaimanapun, ia belum mencapai tahap yang konsisten,'' jelasnya.

Tambah Aziz, apabila dua filem itu ditayangkan serentak, ini akan menyebabkan pasaran filem tempatan berpecah dan menjadi kucar kacir.

Menurutnya, ini bukan soal tidak berupaya untuk bersaing tetapi keadaan pasaran masih tidak mengizinkan.

Kata Aziz, karyawan perlu memberi keyakinan terlebih dahulu kepada penonton bahawa filem tempatan mempunyai kualiti tersendiri.

``Jika keyakinan itu sudah ada, ditambah dengan penayangan filem tempatan yang lebih konsisten barulah wujud persaingan yang sihat,'' tegas Aziz lagi.

Dia juga bimbang melihat keadaan pasaran ketika ini kerana penerbit terlalu cepat mengeluarkan dalam versi video cakera padat asli (VCD) di pasaran.

Ini terjadi pada filem arahan Badaruddin Azmi, KL Menjerit yang diterbitkan oleh syarikat produksi, Tayangan Unggul.

Selain mendapatkan VCD asli, filem berkenaan juga kini boleh dilanggan menerusi saluran pakej Showcase di Astro.

``Saya bimbang sekiranya pengeluaran VCD dan tayangan eksklusif KL Menjerit ini akan mengeruhkan lagi keadaan.

``Masalah baru akan timbul apabila penonton tidak lagi mahu ke pawagam kerana mereka boleh mengikuti sesebuah filem baru itu di saluran berkenaan,'' tegasnya.

Dia berpendapat menayangkan filem-filem terbaik dan terbaru dengan terlalu cepat di saluran itu akan mengundang cetak rompak untuk menyalin filem dengan kualiti yang baik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.