saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/03/2002

Siti Nurhaliza tampil tujuh loghat dalam Kurik Kundi


Siti Nurhaliza.


Oleh Khadijah Ibrahim
ALBUM Sanggar Mustika yang membawa maksud tempat paling cantik atau sempurna menguji kebolehan Siti Nurhaliza menyampaikan lagu dalam tujuh loghat bahasa daerah.

Lagu berjudul Kurik Kundi itu dimuat di dalam album solo tradisional Siti Nurhaliza yang ketiga tersebut.

Untuk itu, kata Siti, dia sanggup belajar beberapa loghat daerah daripada beberapa negeri untuk dimuatkan dalam lagu Kurik Kundi.

Menerusi lagu tersebut, Siti ingin memberitahu masyarakat luar bahawa negara ini kaya dengan pelbagai budaya.

``Siti cuma menghadapi sedikit masalah sewaktu menyanyi lagu dalam loghat Kelantan. Bahasa lain seperti Sabah dan Sarawak, tidak ada masalah,'' katanya tentang lagu tersebut.

Mengenai lagu dan albumnya itu, jelas Siti, dia sanggup bekerja keras bagi memastikan irama tradisional berjaya diletakkan di tahap yang lebih tinggi.

Sebelum ini, Siti, 23, pernah tampil dengan album Cindai, Sahmura dan Seri Balas di mana dia berduet dengan Noraniza Idris.

Sanggar Mustika yang kini berada di pasaran lalu telah dilancarkan oleh budayawan Azah Aziz dalam suasana meriah di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota, baru-baru ini.

Mengenai lokasi pelancaran albumnya itu, Siti memberitahu, dia sengaja mengadakan majlis pelancaran album di tempat terbuka demi memberi peluang kepada peminat merasai suasana yang sering dilalui oleh semua penyanyi.

Kata Siti lagi, dia turut berbangga kerana kemunculannya menerusi album Sanggar Mustika mendapat sokongan padu daripada ibunya.

``Ibu banyak memberi pandangan pada Siti. Kerana ibu juga, Siti pilih untuk dendangkan semula lagu Bisikan Hati. Lagu itu sering didendangkan oleh ibu sewaktu dia muda dulu,'' ujarnya.

Selain itu, dia juga menujukan lagu itu khas kepada Datin Rafeah Buang yang menjadi idolanya sejak dulu.

Kata Siti, dia cuba mendendangkan lagu tersebut sebaik mungkin mengikut gayanya tersendiri. Siti juga berharap dapat bertemu dengan penyanyi pujaannya itu.

Lagu lama lain yang turut didendangkan semula oleh Siti ialah Bunga Tanjung.

Ujar penyanyi itu lagi, dia berpuas hati dengan susunan muzik yang dibuat oleh Ramli M.S yang turut menyelitkan irama moden.

Menerusi album itu juga, Siti telah diberi kesempatan menghasilkan lirik untuk lagu Panas Berteduh Gelap Bersuluh.

Tambahnya, sebagai penyanyi, dia ingin memberi hiburan kepada peminat di samping menunaikan tanggungjawab sosialnya menerusi lirik yang bermesej.

Lagu-lagu lain yang terdapat dalam album ini ialah Nirmala, Joget Senyum Memikat, Badarsila, Syair Kamelia, Di Batas Masa dan Sulam Sembilan.

Kelahiran album ini juga membuatkan Siti menyimpan hasrat untuk mengadakan konsert tradisional pertamanya, di samping mengadakan konsert bergerak di beberapa buah bandar di seluruh negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.