saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/03/2002

Cinta Internet Manan Ngah dengan isteri

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
TIGA tahun mencari isteri, akhirnya penantian komposer terkenal Manan Ngah berakhir. Perkenalan dengan wanita bernama Saliza Onn yang bermula di ruang sembang di Internet, akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.

Manan yang akan berinjak ke usia 41 tahun beberapa bulan lagi tidak pernah menyangka jodoh keduanya adalah dengan wanita yang jauh lebih muda.

``Perbezaan usia kami hampir 16 tahun, tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku.

``Saya memilih Saliza kerana kematangannya. Selain itu kesediaannya menerima saya dan anak-anak hasil perkahwinan yang lalu adalah sesuatu yang menyebabkan saya berasa bahagia berada di sisinya,'' katanya kepada Pancaindera dalam satu interviu baru-baru ini.

Atas permintaan Pancaindera, Saliza yang manis bertudung turut hadir pada pertemuan tersebut.

Pasangan bahagia itu melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember lalu di rumah pengantin perempuan di Kampung Pengkalan Arang, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.

Menurut Manan, selepas beberapa bulan menjadi rakan di ruang siber, mereka memutuskan untuk bertemu buat kali pertama.

Hasil daripada pertemuan pertama, masing-masing membuat keputusan untuk meneruskan hubungan. Tanpa berlengah, Manan sendiri bertemu dengan keluarga Saliza untuk merisik khabar.

``Saya merasakan ada keserasian antara kami. Setelah hampir setahun berkawan, saya membuat keputusan untuk melamarnya,'' jelas Manan.

Kata Manan, semenjak berpisah dengan bekas isterinya pada tahun 1999, dia berazam untuk mencari suri di kalangan wanita negeri kelahirannya Terengganu.

Dia bersyukur kerana impiannya itu menjadi kenyataan setelah bertemu dengan Saliza.

Setelah tiga bulan bergelar suami isteri, pasangan itu yang masih lagi dalam suasana berbulan madu, menetap di Damansara, Kuala Lumpur.

Dengan kehadiran Saliza, Manan berkata, dia mendapat inspirasi untuk melahirkan karya-karya hebat bagi menyemarakkan industri hiburan tempatan.

``Kehadiran Saliza memberikan ketenangan dalam hidup saya yang sejak tiga tahun lalu agak kucar-kacir.

``Suasana baru ini memberikan saya dorongan untuk berkarya kerana sebagai seorang aktivis seni, persekitaran amat mempengaruhi apa yang akan saya lahirkan,'' katanya.

Bagi Saliza pula, jodoh dan pertemuannya dengan komposer popular itu adalah sesuatu yang tidak pernah diduga.

``Pada awal mengenalinya, saya macam tidak percaya bahawa dia adalah Manan Ngah, seorang komposer popular.

``Bagaimanapun, saya menerima `abang' bukan kerana apa yang dia ada, tetapi kerana sikapnya.

``Selain bertanggungjawab, kejujuran dan keikhlasannya menambat hati dan perasaan saya,'' kata Saliza, bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Khairiah Kuala Terengganu.

Manan Ngah terkenal kerana menghasilkan lagu-lagu percintaan hebat seperti Sekadar Di Pinggiran, Aku Hanya Pendatang, Merisik Khabar dan Terasing.

Kata Saliza, Manan merupakan seorang lelaki yang romantis dan matang.

``Suatu ketika dulu saya adalah peminat lagu-lagunya. Saya tidak pernah menyangka saya akan menjadi `suri' di hatinya,'' kata wanita itu yang berhidung mancung dan berkulit putih melepak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.