saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 20/03/2002

Tabung Haji dapat perintah injunksi terhadap Metrowangsa, peniaga

KUALA LUMPUR 19 Mac - Lembaga Tabung Haji memperoleh perintah injunksi terhadap sebuah syarikat pengurus pelaburan, Metrowangsa Asset Management Sdn. Bhd. dan seorang peniaga, Ahmad Hassan supaya dihalang daripada menjalankan urus niaga dengan aset-asetnya.

Perintah itu telah dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Abdul Malik Ishak pada 11 Mac lalu.

Tabung Haji telah mengambil tindakan menyaman kedua-dua defendan pada 15 Februari lalu.

Metrowangsa yang dinamakan sebagai defendan pertama didakwa melanggar terma-terma perjanjian di antara defendan dan plaintif bertarikh 14 Julai 2000 dan 20 Jun 2001 selaras yang mana Tabung Haji telah melabur RM201 juta.

Di atas sebab pelanggaran tersebut Tabung Haji (plaintif) mendakwa telah mengalami kehilangan dan kerugian wang pelaburannya.

Pada 13 Mac lalu, Tabung Haji memperoleh injunksi Mareva (membekukan harta) terhadap Ahmad Hassan sehingga mendapat perintah lanjut dari mahkamah.

Dalam tuntutannya, Tabung Haji menamakan Ahmad Hassan sebagai defendan kedua yang dikatakan bahawa apa-apa jumlah tertinggal daripada pelaburan modalnya sehingga RM80 juta dalam milikan, jagaan dan kawalan defendan kedua tersebut sebagai pemegang amanah konstruktif plaintif.

Selain itu, kedua-dua defendan berkenaan sebagai pemegang amanah modal pelaburan berjumlah RM80 juta didakwa telah melanggar kewajipan-kewajipan mereka selaras dengan amanah tersebut dan menyebabkan plaintif mengalami kehilangan dan kerugian.

Dalam writ samannya, Tabung Haji menuntut supaya suatu penyiasatan sama ada apa-apa atau mana-mana kewangan plaintif telah dilaburkan dalam apa cara oleh defendan pertama atau defendan kedua atau bersama dan apabila pelaburan tersebut telah dijual atau dihasilkan oleh kedua-dua defendan.

Ia juga menuntut suatu penjelasan atau akaun berkenaan jumlah terhutang kepada plaintif yang menjadi subjek amanah untuk apa-apa modal, keuntungan atau kerugian.

Di samping itu, defendan diminta membayar kepada plaintif jumlah yang terjumpa atau terhutang selepas mengambil akaun tersebut.

Ia meliputi semua akaun serta akaun-akaun lain, siasatan arahan-arahan dan relif-relif yang adil.

Tabung Haji turut menuntut ganti rugi daripada kedua-dua defendan atas dakwaan melanggar amanah.

Defendan pertama juga dituntut membayar ganti rugi atas dakwaan melanggar kontrak serta faedah dan kos.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin memberitahu bahawa Tabung Haji telah kehilangan RM200 juta menerusi pelaburannya dalam sebuah syarikat yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Beliau menyatakan sebanyak RM120 juta telah berjaya diperoleh semula oleh Tabung Haji dan tindakan mahkamah telah diambil untuk mendapat baki RM80 juta.

Kelmarin, Utusan melaporkan Tabung Haji yang sebelum ini kehilangan RM8 juta kini berkemungkinan menghadapi masalah serupa kerana wang pelaburannya bernilai berjuta-juta ringgit yang diuruskan oleh sebuah pengurus dana tempatan tidak diketahui statusnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.