saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/03/2002

Mas Idayu - Dangdut bukan lagi pilihan


Mas Idayu.


Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
IRAMA dangdut pernah berada di tangga pertama dalam pasaran album di negara ini dengan kehadiran penyanyi seperti Amelina, Iwan, Sheeda, Mas Idayu, Ani Maiyuni dan banyak lagi.

Ketika itu syarikat rakaman tempatan berlumba-lumba menerbitkan album dangdut termasuk memaksa artis memilih konsep lagu dangdut semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Demikianlah besarnya pengaruh dangdut kepada industri muzik pada pertengahan tahun 90-an. Bagaimanapun beberapa tahun kebelakangan ini tumpuan kepada irama berkenaan semakin berkurangan.

Satu demi satu penyanyi dangdut mencari ``identiti'' baru dan menyanyikan lagu bercorak lain. Ternyata dangdut hanya mekar semusim dan kini layu serta tidak dihiraukan.

Penyanyi Mas Idayu antara penyanyi yang terpaksa memilih konsep lagu yang lain walaupun cintanya kepada irama dangdut masih menebal.

Untuk album terbarunya, penyanyi ini memilih tampil dengan konsep yang lebih terkini dan hampir dengan khalayak iaitu Latin dan Arab.

Menurut Mas Idayu, minatnya masih mendalam kepada dangdut, bagaimanapun terpaksa menerima hakikat bahawa dangdut telah jauh dari arus perdana pasaran masa kini.

``Saya berkemampuan menyanyikan lagu dalam irama lain dengan baik. Tapi apabila album dangdut saya lebih mendapat sambutan menyebabkan peminat memberi label penyanyi dangdut,'' jelasnya.

Menurutnya, dia memilih konsep terbaru itu kerana keadaan pasaran di samping iramanya yang agak dekat dengan perjuangannya sebelum ini.

``Jika diteliti antara rentak Arab dan dangdut tidak banyak bezanya. Kerana itu saya merasakan tidak menjadi masalah kalau saya memilih konsep berkenaan,'' katanya yang kini tidak lagi bernaung di bawah syarikat rakaman Warner Music.

Kebolehan Mas Idayu menyanyikan irama padang pasir ini hanya dapat dinilai oleh peminat apabila album baru itu berada di pasaran sekitar Julai depan.

Mengulas mengenai kontraknya dengan syarikat rakaman Warner Music yang tidak diperbaharui, kata Mas Idayu, sudah sampai masanya untuk dia mencari angin baru.

``Bagi saya ia adalah proses biasa dalam meningkatkan kerjaya saya sebagai artis rakaman. Apabila di lain padang, kita dapat lain belalang,'' kata Mas Idayu.

Meskipun album terbarunya masih dalam perancangan, Mas Idayu masih mengekalkan popularitinya dan laris di pentas persembahan.

Kehebatan penyanyi ini memberi hiburan maksimum kepada peminat menyebabkan dia terus bertahan dengan jumlah persembahan antara tiga hingga lima kali dalam masa seminggu.

Mas Idayu juga akan muncul dalam rancangan Hiburan Minggu Ini pada 31 Mac ini yang akan disiarkan secara langsung di TV1.

HMI Bersama Mas Idayu ini akan menjadi medan untuk penyanyi ini menzahirkan manifestasi sebagai anak seni serba boleh.

``Saya memilih untuk menyampaikan pelbagai rentak lagu dalam rancangan ini untuk membuang tanggapan peminat selama ini yang menganggap saya hanya layak menyanyi lagu dangdut semata-mata,'' katanya.

Sebuah lagu pop evergreen yang dipopularkan oleh Broery Marantika, Layu Sebelum Berkembang juga akan disampaikan selain lagi asli berjudul Gunung Banang.

Buat pertama kali juga, rancangan terbitan RTM itu mendapat tajaan daripada syarikat penerbangan Air Asia yang menyediakan beberapa tiket kepada penonton bertuah pada malam HMI itu nanti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.