saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/03/2002

Bintang RTM - Catat kenangan manis


Azharina(depan), Juliza Adlizan(tengah) dan Rohana Jalil(berdiri).


Oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin ([email protected])
Biarpun banyak pertandingan nyanyian dianjurkan oleh stesen tv sama ada milik swasta atau RTM tetapi tidak menyaingi kewibawaan siri pertandingan Bintang RTM. Bintang RTM yang mencecah 30 tahun itu terus kekal sebagai satu-satunya pertandingan nyanyian yang berprestij dan hebat.

Daripada pertandingan ini lahirlah nama-nama besar antaranya Allahyarham Sudirman Arshad, Jamal Abdillah, Rohana Jalil, Ramlah Ram, Juliza Adlizan, M. Rizal dan banyak lagi.

Sebagai bintang yang digilap melalui pertandingan itu, penyanyi-penyanyi ini mampu mengembangkan kerjaya lebih jauh dalam dunia hiburan.

Kali ini ikuti apa kata mereka yang pernah berjaya dan dijulang sebagai juara Bintang RTM sebelum ini:

Rohana Jalil
Bagi Rohana, kenangan ketika sibuk bertanding untuk merebut gelaran juara Bintang RTM 1980 adalah sejarah manis dalam hidupnya sebagai seorang penyanyi. Bukan sekali, tetapi tiga kali Rohana mencuba dalam pertandingan ini.

Setelah tiga kali mencuba nasib akhirnya Rohana berjaya menjulang trofi Bintang RTM yang menjadi impian banyak penyanyi baru ketika itu.

``Duit hadiah Bintang RTM, RM2,000 saya buat bayar pendahuluan kereta. Walaupun kereta biasa tetapi hati saya cukup puas kerana hasilnya melalui Bintang RTM,'' kata Rohana.

Pengalaman memasuki Bintang RTM juga menjadikan Rohana lebih yakin dan bersedia untuk memikul tugas sebagai penyanyi hingga muncul sebagai artis rakaman.

``Tugas sebagai penyanyi bukanlah mudah. Semua orang boleh menyanyi tetapi hanya segelintir manusia yang dianugerahkan kelebihan dalam bidang ini,'' ujarnya lagi.

Azharina Azhar
Azharina membuat keputusan untuk menyertai Bintang RTM setelah terpesona dengan bakat-bakat yang pernah dilahirkan melalui pertandingan ini.

``Saya mengagumi penyanyi seperti Sudirman, Jamal Abdillah dan kesemua juara Bintang RTM yang lain,'' ujar Azharina.

Sejak kecil dia sentiasa berazam untuk turut serta dalam pertandingan ini dan seterusnya mengimpikan kejayaan.

Azharina menjuarai Bintang RTM 2001 berasal dari Sabah merupakan pemenang terbaru pertandingan berkenaan.

Pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Ampang, Selangor ini bakal muncul dengan album solo pertamanya tidak lama lagi setelah berhijrah ke Kuala Lumpur tidak lama dulu.

``Untuk berjaya saya perlu berkorban dan inilah pengorbanan saya untuk mencipta nama sebagai penyanyi,'' kata Azharina.

Menurutnya, hasil daripada sesi fotografi ini, penyanyi dan komposer Julfekar Ahmad Shah yang juga bertindak sebagai penerbit album sulungnya mendapat idea untuk menghasilkan lagu duet untuk mereka bertiga.

Juliza Adlizan
Aksi Juliza semasa menyampaikan lagu Kuda Hitam dalam pertandingan akhir Bintang RTM 1983 masih kekal dalam ingatan sebahagian besar peminatnya. Lagu itu juga memberi tuah kepada Juliza hingga Kuda Hitam menjadi sinonim dengan namanya.

Selepas kemenangannya, Juliza mendalami bidang pengajian vokal di luar negara. Kemudian dia kembali dan memberi tunjuk ajar kepada banyak bakat baru yang ingin mendalami bidang nyanyian.

Menurut Juliza, juara Bintang RTM dilihat hebat dan berjaya mengekalkan populariti kerana kelainan yang mereka tampilkan terutamanya dalam persembahan.

``Kita dapat melihat Sudirman atau Jamal Abdillah yang mempunyai identiti suara berbeza dan tersendiri,'' ujarnya.

``Mereka tidak meniru imej artis lain tetapi menampilkan imej sendiri hingga menjadi begitu dekat dengan peminat,'' tegas Juliza lagi.

Juliza mencadangkan supaya RTM mengambil inisiatif menggabungkan semua juara pertandingan itu dalam sebuah rancangan khas bagi mengenang semula pembabitan mereka dalam bidang seni.

``RTM yang melahirkan kami dan bukanlah satu perkara yang sukar untuk mereka mempertemukan semula kami dalam satu rancangan,'' kata Juliza.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.