saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 01/04/2002

BN menang besar di Ketari -- Yum Ah Ha tewaskan calon DAP dengan majoriti 2,204 undi

ABDULLAH Ahmad Badawi dan para pemimpin BN meraikan kejayaan calon Barisan Nasional, Yum Ah Ha (dua dari kanan) selepas diisytiharkan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Ketari di Dewan Majlis Daerah Bentong, malam tadi. - Gambar AZLI AHAD.


Oleh: SAMSOR JUNET dan ZULKIFLI JALIL
BENTONG 31 Mac - Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari, Pahang dengan majoriti undi lebih besar apabila calonnya, Yum Ah Ha menewaskan Choong Siew Onn dari DAP pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini.

Ah Ha, 51, yang juga muka baru menang dengan majoriti 2,204 undi. Pada pilihan raya umum 1999, BN menang dengan majoriti 231 undi.

Ah Ha memperoleh 7,153 undi manakala Siew Onn, 34, meraih 4,949 undi. Sebanyak 149 undi rosak.

Sebanyak 71.48 peratus daripada 17,144 pemilih berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya kecil tersebut. Peratusan itu bagaimanapun menurun berbanding pilihan raya umum 1999 iaitu 72.2 peratus.

Ini adalah kekalahan ketiga Siew Onn selepas tewas dalam pilihan raya umum 1995 dan 1999 di kawasan yang sama.

Kemenangan Ah Ha juga bermakna BN menang lima daripada enam kerusi pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 1999.

Kecuali pilihan raya kecil Lunas, Kedah, BN menang di empat kerusi yang dipertandingkan iaitu di DUN Sanggang, Pahang; Parlimen Telok Kemang, Negeri Sembilan; DUN Likas, Sabah dan DUN Indera Kayangan di Perlis.

Keputusan pilihan raya kecil malam ini diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Muhammad Safian Ismail di pusat penjumlahan undi di Dewan Sultan Ahmad Shah, Majlis Daerah Bentong di sini pada pukul 9.10 malam.

Sebaik sahaja keputusan diumumkan, kedua-dua calon berjabat tangan sambil Siew Onn mengucapkan tahniah kepada Ah Ha.

Mengulas kemenangan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, kejayaan tersebut membuktikan bahawa usaha mendampingi rakyat adalah penting bagi mencapai kejayaan.

Katanya, keputusan tersebut juga membuktikan bahawa demokrasi di Malaysia berjalan dengan baik.

``Tidak ada sekatan kepada sesiapa mengundi walaupun mereka mengundi parti pembangkang,'' katanya.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN mengulas kemenangan itu melalui sidang video dengan Timbalannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berada di Dewan Sultan Ahmad Shah.

Abdullah pula menyifatkan kemenangan dalam pilihan raya itu membuktikan bahawa sokongan terhadap BN terus meningkat. Beliau juga memuji pasukan keselamatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana berjaya memastikan pilihan raya berkenaan berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Sementara itu, Ah Ha berjanji akan berkhidmat dengan penuh tekun dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat kawasan itu yang telah memberi kepercayaan kepadanya.

Selain Abdullah, ramai lagi pemimpin BN berada di Dewan Sultan Ahmad Shah ketika pengumuman itu bagi meraikan kemenangan Ah Ha, yang merupakan anak jati Ketari.

Antara mereka yang hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob selaku Pengerusi BN Pahang, Presiden Gerakan Datuk Seri Lim Keng Yaik, Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu, Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Timbalan Presiden MCA Datuk Lim Ah Lek, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Khalil Yaakob dan Presiden PPP Datuk M. Kayveas.

Turut bersama calon DAP ialah Setiausaha Agung DAP Kerk Kim Hock dan beberapa penyokong calon itu.

Proses pengundian pilihan raya kecil Ketari yang bermula 8 pagi hingga 5.30 petang berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Cuma beberapa kejadian kecil dan terpencil sahaja berlaku berikutan "tindakan agresif" perayu undi dan polis secara keseluruhannya berjaya mengawal keadaan.

Pilihan raya kecil Ketari diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Loke Koon Kam, 59, pada 3 Mac lalu akibat barah rahang.

Keputusan pilihan raya itu menjadikan kerusi BN di Dewan Undangan Negeri Pahang kini kembali 30 kerusi manakala pembangkang kekal lapan kerusi iaitu Pas (enam) dan DAP serta Parti Keadilan Nasional (Keadilan), masing-masing satu kerusi.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.