saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/04/2002

Kumpulan Unic pop dakwah

KUMPULAN Unic tidak mahu dikenali sebagai kumpulan nasyid, sebaliknya menggelar mereka sebagai kumpulan pop dakwah.

Mereka menghasilkan lagu-lagu pop dengan lirik berunsur dakwah sebagaimana lagu-lagu kumpulan popular suatu masa dulu seperti Al-Mizan, Hidayah dan sebagainya.

Selain muzik yang turut menggunakan alat muzik bertali, mereka juga tidak tampil dengan pakaian sebagaimana kumpulan nasyid kontemporari.

``Kami ingin tampilkan muzik yang sesuai untuk menarik peminat muzik yang sebaya dengan kami,'' kata salah seorang anggotanya, Bazli.

Kesemua ahli kumpulan itu sedang menunggu tawaran melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi tempatan.

``Kami memohon kemasukan ke Universiti sekitar Lembah Kelang untuk membolehkan kami meneruskan aktiviti selepas ini,'' katanya lagi.

Mereka bersedia menerima kritikan kerana menghasilkan muzik yang lari daripada konsep muzik nasyid kontemporari.

``Sebab itu, kami tidak mahu dikenali sebagai kumpulan nasyid,'' kata seorang lagi anggotanya, Fitri.

Kumpulan itu juga menolak tanggapan mengatakan mereka cuba lari daripada konsep nasyid kerana muzik nasyid semakin pudar.

Sebaliknya, mereka ingin memberi warna baru kepada lagu-lagu dakwah yang boleh disampaikan menerusi muzik pop.

``Dengan cara itu, peminat muzik pop juga akan dapat menghayati mesej berguna yang dipaparkan,'' kata Fitri lagi.

Dua lagi anggota Unic ialah Wan dan Afendi. Mereka diketemukan pada sesi uji bakat yang diselenggarakan oleh pihak syarikat Hijjaz Music Entertainment.

``Kami telah memahami antara satu sama lain dan kini bersahabat, apatah lagi, kami mempunyai misi yang sama,'' kata Afendi.

Anggota Unic juga ingin mengikut jejak kumpulan nasyid lain seperti Saujana dan In Team mahu maju dalam pelajaran walaupun terlibat dalam bidang seni.

``Kami jadikan mereka sebagai idola untuk maju dalam kerjaya seni dan hiburan secara serentak,'' kata Bazli lagi.

Antara lagu yang dijangka mendapat sambutan ialah Jalinan dan Hanya Tuhan Yang Tahu ciptaan Isman Hijjaz. Lagu Mahligai Kasih ciptaan Munif Hijjaz juga menampilkan melodi yang menarik.

Mereka menyanyikan sebuah lagu berentak keroncong berjudul Keroncong Sayang. Unic turut merakamkan sebuah lagu Inggeris berjudul You And I See.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.