saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 11/04/2002

Insomnia - Rawatan pakar perlu

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
INsomnia adalah tidur berkualiti rendah yang diakibatkan oleh keadaan sukar tidur, sering terbangun, bangkit terlalu awal dan tidur yang tidak menyegarkan. Ia merupakan masalah kesihatan yang menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia atau jantina. Malah, Insomnia mendatangkan kesan negatif kepada kualiti hidup yang melibatkan perhubungan, kerja, emosi dan tahap tenaga.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 30 peratus daripada populasi dunia mengidap Insomnia yang mana ia adalah masalah kesihatan utama. Paling tinggi di Amerika Syarikat (AS), di mana 34 peratus daripada orang dewasa dan 17 peratus dewasa di China.

Bagaimanapun, mereka yang mengalaminya tidak menganggap ia sebagai satu penyakit serius, apatah lagi untuk mendapatkan bantuan dan rawatan doktor.

Pengarah Urusan Penyelidikan ISIS Asia Selatan, Marc Yates berkata, kajian untuk mendapatkan persepsi umum rakyat Malaysia tentang Insomnia mendapati 54 peratus daripada 370 responden menghidapinya.

Mereka didapati sukar lelap selepas 30 minit di katil, terjaga di tengah malam dan sukar tidur kembali, bangkit terlalu awal sehingga tidur kurang daripada 6 jam dan tidak berpuas hati dengan kualiti tidur sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

``Daripada 370 dewasa yang kita temu bual, 200 daripada mereka mengalami tanda-tanda mengidap Insomnia.

``Mereka terdiri daripada pelajar dan suri rumah 24 peratus, penyeliaan dan pengurusan 22 peratus, kolar biru 21 peratus, kolar putih 14 peratus, teknikal 9 peratus, jualan 7 peratus, perkhidmatan 2 peratus dan perubatan 1 peratus,'' katanya.

Menurut Marc, kebanyakan responden lelaki tidak berpuas hati dengan kualiti tidur masing-masing walau ramai daripada mereka yang menghadapi masalah sukar lelap. Sementara responden wanita pula rata-rata menikmati tidur yang lena serta gagal berasa segar apabila bangun.

``Jika berdasarkan umur, responden lelaki yang berusia 30 hingga 39 tahun paling tinggi mengalami masalah sukar lelap iaitu 90 peratus.

``Responden wanita pula menunjukkan mereka yang berusia 18 hingga 29 tahun paling ramai menghadapi masalah tidur tidak nyenyak iaitu 66 peratus,'' katanya.

Tambah beliau, antara sebab paling tinggi yang diberikan oleh responden ialah tekanan diikuti kerisauan, masalah emosi, persekitaran pemakanan dan bimbang terhadap kesihatan. Ada juga yang mengalaminya kerana masalah kerja, gaya hidup, pengambilan alkohol serta tabiat tidur.

Kebanyakan responden berpendapat mereka sedikit tertekan dan sebahagian daripadanya tidak puas hati dengan kualiti tidur agak tertekan iaitu 67 peratus.

``Kebanyakan mereka mengalami Insomnia pada hari Ahad iaitu 20 peratus, diikuti Sabtu 11 peratus, Isnin 7 peratus dan Rabu 5 peratus. Kami berpendapat ramai yang mengalami Insomnia pada hari Ahad kerana mereka mungkin mengambil peluang untuk tidur pada siang hari berkenaan,'' ujarnya.

Meskipun Insomnia tidak dianggap sebagai satu masalah besar, namun ia memberi kesan negatif kepada kehidupan sosial, emosi, perhubungan dengan orang lain, aktiviti sosial, gaya hidup dan keluarga.

Sebanyak 27 peratus daripada mereka berpendapat ia menganggu tumpuan kerja, tumpuan memandu 26 peratus, kehilangan tenaga dan kesegaran 24 peratus, melaksanakan tugas 24 peratus dan 7 peratus terjejas aktiviti sukan.

``Kajian tiga bulan lalu juga menunjukkan 17 peratus daripada mereka yang mengalami Insomnia ponteng kerja atau sekurang-kurangnya sekali disebabkan Insomnia. Sementara 26 peratus pula lewat datang kerja atau ke kolej dengan kadar purata enam kali dalam dalam tempoh tiga bulan,'' jelas Marc.

Menurut beliau, kurang tidur juga didapati menjadi punca kepada kemalangan atau kecederaan serius sebanyak lima kali dengan anggaran 50 peratus daripada kemalangan kenderaan dan 30 peratus kemalangan di tempat kerja.

Sebagai contoh, Kemalangan dahsyat yang pernah berlaku seperti tumpahan minyak Exxon Valdezm, letupan kilang nuklear di Three Island dan Chernobyl di Rusia berkait dengan masalah tidur.

``Kemalangan seperti ini menjadi punca kepada kehilangan produktiviti dan memberi kesan kepada ekonomi termasuk lambat datang kerja dan kurang tumpuan.

``Dianggarkan AS mengalami kerugian sebanyak AS$150 bilion setiap tahun disebabkan masalah ponteng dan kemalangan di tempat kerja berpunca daripada Insomnia,'' katanya lagi.

Bagaimanapun, kesedaran masyarakat Malaysia tentang bahaya Insomnia masih rendah dan kebanyakan mereka menganggap ia adalah sesuatu yang lumrah.

Daripada kaji selidik berkenaan, hanya 10 peratus responden mendapatkan bantuan profesional bagi mengatasi masalah tersebut. Kebanyakan daripada mereka membeli ubat dari farmasi, menggunakan ubat tradisional, menulis diari, membaca dan mendengar muzik.

``Insomnia adalah sesuatu yang kita tahu dan hidup dengannya tanpa menyedari bahawa ia lebih serius daripada apa yang kita fikir. Ia boleh dirawat dengan syarat pesakit perlu mendapatkan bantuan pakar sebelum menjadi kronik serta memberi kesan negatif kepada kehidupan keseluruhan,'' katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.