saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/04/2002

AIM 2002 - Pemenang sukar diramal


Dayang Nurfaizah.


Oleh Rosli Manah
ANUGERAH Akademi Industri Muzik (AIM) 2002 kali ini sukar meramalkan pemenang dengan menyaksikan persaingan sengit dalam semua kategori yang dipertandingkan. Anugerah yang akan berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra pada 20 April ini menjadi medan pengiktirafan artis dan karyawan terbaik.

AIM 2002 juga sebagai pengukur sejauh mana nasib industri muzik tempatan pada masa ini.

Ia berbeza dengan anugerah muzik lain dari segi penilaian pemenangnya. Penilaian bukan berdasarkan kepada populariti semata-mata, tetapi lebih menekankan mutu karya hasil lagu.

Justeru itu, ia sememangnya dinanti-nantikan oleh seluruh peminat, penyanyi dan pencipta lagu tanah air.

Yang menjadi tumpuan hebat pada AIM kali ini pastilah bagi kategori persembahan vokal wanita terbaik.

Kategori ini membabitkan Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Dayang Nurfaizah dan Syafinaz.

Dayang menerusi album Seandainya Masih Ada Cinta diramalkan bakal menjulang nama pada AIM 2002 nanti.

Malah, dia juga turut diperkatakan bakal merebut anugerah kategori vokal.

Siti yang telah memenangi kategori tersebut sebanyak empat kali tidak boleh dipertikaikan.

Siti berentap menerusi dua buah album iaitu Safa dan Konsert Mega Siti Nurhaliza.

Guru vokal, Syafinaz dan Ziana Zain juga tidak dinafikan kehebatan vokal masing-masing.

Pendek kata, kategori vokal wanita menyaksikan persaingan sengit kerana masing-masing mempunyai gaya suara yang tersendiri.

Kategori lelaki pula menyaksikan persaingan antara M. Nasir menerusi album Phoenix Bangkit, Yassin (Mimpi Laila), Saleem (Ratu Sanubari), Fairuz Bozz (Bozz) dan Ferhad (Soul Alive).

Mendengar album mereka, M. Nasir dan Ferhad mempunyai peluang cerah untuk membawa pulang anugerah AIM.

Persembahan vokal berkumpulan pula menyaksikan saingan hebat kumpulan Innuendo dan Rabbani. Turut bersaing ialah Raihan dan Too Phatt.

Tan Sri. S. M. Salim juga mempunyai harapan tinggi untuk menjadikan AIM 2002 sebagai satu malam bersejarah untuk memenangi kategori Album Pop Etnik Terbaik menerusi album Perjalanan Seni.

Saingannya hanyalah album duet penyanyi baru Syura dan Siti Nordiana (Firus) dan Helmi Gimmick.

Album Pop Terbaik pula menyaksikan persaingan antara Siti menerusi dua albumnya, Dayang, Ziana Zain (Aku Cintakanmu) dan M. Nasir.

Kumpulan Kamikaze mempunyai harapan untuk memenangi kategori album Rock Terbaik menerusi album berjudul 3.

Saingan terdekatnya ialah album Ella (Ilham Bicara) dan Def-Gab-C (Remifasolatido). Turut bersaing album-album Preety Ugly dan Saleem.

Album dalam keempat-empat kategori itu akan merebut anugerah utama, Album Terbaik.

Lagu-lagu Percayalah (Siti), Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang), Mimpi Laila (Yassin), Raikan Cinta dan Masirah dari M. Nasir pula bersaing merebut anugerah Lagu Terbaik.

Mimpi Laila telah mengalahkan tiga lagu yang tersenarai pada Juara Lagu anjuran TV3 hujung tahun lalu.

Hanya lagu Masirah yang belum bersaing di Juara Lagu tahun lalu. Namun keputusan juri AIM tidak mengambil kira kemenangan pada majlis lain.

Lagu Seandainya Masih Ada Cinta dan Percayalah sebenarnya mempunyai kekuatan yang tersendiri.

Melodi lagu-lagu ciptaan Ajai itu senang memikat pendengar.

Penyanyi baru terbaik pula menyaksikan persaingan sengit antara Sarimah dan Maya Karin yang kerap mendapat publisiti di majalah hiburan. Nama lain ialah Joe Radzwil, kumpulan Frequency dan Preety Ugly.

Kumpulan Flop Poppy mungkin kurang popular di kalangan pendengar lagu Melayu, namun album Inggeris mereka mampu memberi kejutan untuk memenangi kategori Album Inggeris Tempatan Terbaik.

Mereka disaingi oleh kumpulan Innuendo, Love Me Butch, Butterfingers dan Too Phatt.

Album Nasyid Terbaik pula menyaksikan saingan antara kumpulan Rabbani, Raihan, Hijjaz dan Amal menerusi album terbaru masing-masing.

Kategori lain yang dipertandingkan ialah Artis Harapan, Kulit Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Video Muzik Terbaik, Album Inggeris Tempatan Baru Terbaik, Album Indonesia Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.