saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/04/2002

Jawapan Erra Fazira kepada pengakuan Yusry - "Bakal suami saya tidak semestinya artis

KISAH percintaan jejaka kacak Yusry KRU dengan artis jelita Erra Fazira nampaknya masih belum reda.

Semenjak dipaparkan pengakuan Yusry dalam Pancaindera minggu lalu, ramai peminat tertanya-tanya apa pula reaksi Erra.

Bagi menjawab persoalan tentang percintaan sensasi itu, Pancaindera bertemu dengan Erra selepas majlis pelancaran album terbarunya Sampai Bertemu di sebuah hotel terkenal di ibu kota baru-baru ini.

Seperti yang dijangkakan, Ratu Malaysia 1992 itu bagaikan sudah sepakat dengan teman lelakinya itu. Jawapan yang terpacul dari mulutnya tidak ubah seperti yang disuarakan oleh Yusry dalam Pancaindera minggu lalu.

Kata Erra, apa yang dinyatakan oleh Yusry mengenai keakraban mereka berdua memang tidak dapat dinafikan.

``Sehingga ke detik ini, Yusry memang kawan lelaki Erra yang paling rapat. Kami begitu menyenangi satu sama lain,'' kata Erra tanpa berselindung.

Bagi Erra, andai kata Yusry senang dengan sikap dan peribadinya sepanjang mereka mengenali antara satu sama lain dia tidak mempunyai jawapan lain selain mengucapkan terima kasih.

Menurut Erra, Yusry ialah seorang lelaki yang mudah didekati dan bertanggungjawab.

``Sebenarnya masih terlalu awal untuk saya menjangkakan apa yang akan terjadi pada hubungan kami ini,'' kata Erra berkali-kali.

Erra, 28, berkata: ``Dalam soal jodoh dan perkahwinan saya tidak pernah mensasarkan hanya golongan artis yang boleh mendekati saya atau layak menjadi suami saya.''

Dia menambah: ``Jodoh pertemuan di tangan Tuhan, tiada siapa yang boleh menghalang ketentuan itu.''

Sementara itu, dalam satu temu bual dengan majalah The Malaysian Women's Weekly edisi April 2002, Erra mendedahkan bagaimana hubungan rapatnya dengan Yusry mula berputik.

Dia mengenali Yusry empat tahun lalu. Selepas empat tahun, hubungan mereka berdua adalah persahabatan biasa sesama artis.

Bagaimanapun, kemesraan itu bertukar menjadi lain selepas Yusry kerap menghubunginya, membuatkan Erra tertanya-tanya apa yang sudah jadi pada Yusry.

``Selepas dua bulan dia menghubungi saya sehingga empat dan lima kali sehari, Yusry bersuara dan bertanyakan saya apakah hubungan yang sedia terjalin itu boleh dipanjangkan lebih daripada kawan biasa (maksudnya kekasih),'' cerita Erra.

Erra yang tidak mahu Yusry bertepuk sebelah tangan lantas bersetuju dengan permintaan anggota kumpulan KRU itu.

``Apa salahnya berkawan dan mengenali antara satu sama lain. Kalau Yusry senang berkawan dengan Erra, Erra sendiri senang menerimanya,'' ujar Erra.

Meskipun begitu, Erra berkata, sehingga ke detik ini baik dia mahupun Yusry masih belum terfikir untuk ke jinjang pelamin.

``Ia hanyalah teka-teki peminat dan media sedangkan di pihak kami tiada apa-apa perancangan,'' kata Erra.

Heroin filem Soal Hati itu berkata dia dan Yusry masih memerlukan masa untuk mengenali diri dan keluarga masing-masing.

Sebagai wanita yang pernah melalui kegagalan percintaan sebelum ini termasuk episod putus tunang dengan penyanyi Awie, Erra mengakui dalam merencana masa depannya dia perlu lebih berhati-hati.

``Pengalaman banyak mendewasakan saya,'' katanya tegas.

Mengenai kemunculan album terbarunya, Sampai Bertemu, Erra berkata, dia begitu gembira kerana album itu mendapat kerjasama yang baik khususnya daripada pelbagai penaja yang memberikan komitmen.

Antaranya syarikat telekomunikasi Celcom yang begitu komited dan banyak memberi peluang kepadanya mengadakan sesi jelajah seluruh Malaysia untuk bertemu peminat-peminatnya sehingga Mei depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.