saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 27/04/2002

Putra LRT terus beroperasi walaupun syarikat diarah tutup

Oleh: JOHARDY IBRAHIM
KUALA LUMPUR 26 April - Operasi harian transit aliran ringan, Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn. Bhd. (Putra LRT) akan berjalan seperti biasa walaupun Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan syarikat pengendali itu ditutup.

Malah, Utusan Malaysia diberitahu di bawah pengambilalihan baru operasinya oleh kerajaan, Putra LRT akan berjalan dengan lebih efisien bersama-sama Sistem Transit Aliran Ringan (STAR LRT).

STAR LRT juga, seperti Putra LRT akan berhadapan dengan perintah penutupan oleh mahkamah yang akan membuat keputusan pada 17 Mei ini.

``Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi harian kedua-dua sistem LRT berkenaan tidak akan dihentikan.

``Tindakan mahkamah hanyalah berkaitan pengurusan dan kerajaan mengambil alihnya,'' menurut sumber rapat ketika diminta mengulas langkah pengambilalihan itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut sumber itu lagi, satu `langkah rasionalisasi' berkemungkinan akan dilaksanakan untuk melicinkan pengurusan termasuk dalam soal kedudukan kakitangan.

Langkah pengambilalihan oleh Syarikat Prasarana Nasional Berhad, sebuah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) itu, katanya, akan menyatukan dua entiti berbeza (Putra dan STAR) dan akan berupaya melaksanakan langkah-langkah meningkatkan lagi mutu perkhidmatan LRT.

Antara aspek yang akan mendapat faedah daripada pengambilalihan tersebut, ujarnya, ialah menggunakan tiket yang sama dan menambah keselesaan penumpang dengan menyambung antara satu stesen ke stesen yang lain.

``Sebelum ini, memang wujud masalah antara kedua-dua pengendali yang sukar mencapai persepakatan dalam soal tiket yang boleh diguna sama,'' katanya.

Petisyen menutup Putra LRT dibuat kerana kegagalannya menyelesaikan hutang berjumlah RM1,158,332,666.82.

Hakim Datuk T. Selventhiranathan semasa membuat keputusannya membenarkan permohonan oleh Commerce International Merchant Bankers Berhad (CIMB) supaya likuidator dilantik untuk, antara lain, meneruskan perniagaan Putra LRT selagi perlu selepas tarikh perintah penutupan itu.

CIMB pada 8 Februari lalu memfailkan petisyen penutupan itu. CIMB ialah ejen pinjaman bagi kerajaan yang mengambil alih hutang-hutang Putra LRT dan STAR LRT.

Kementerian Kewangan pada 13 April lepas memberitahu dalam satu kenyataan bahawa semua aset dan operasi Star LRT dan Putra LRT akan diambil alih oleh Prasarana Nasional Bhd. Pengambilalihan itu dijangka dilaksanakan Jun ini.

CIMB, dalam permohonannya, meminta perintah mahkamah supaya tiga akauntan dari firma perakaunan KPMG - Gan Ah Tee, Ooi Woon Chee and Mohamed Raslan Abdul Rahman - secara bersama atau beberapa dilantik sebagai likuidator Putra LRT.

Syarikat itu juga memohon mahkamah untuk memberi kuasa kepada likuidator itu untuk, antara lain, menguruskan semua hal ehwal Putra LRT termasuk tindakan sewajarnya untuk menyenggarakan perkhidmatan syarikat-syarikat itu yang termasuk dan tidak terhad kepada bayaran gaji pekerja, caruman kepada Kumpulan Simpanan Wang Pekerja, caruman ke Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja, cukai pendapatan, penyenggaraan semua peralatan, tren dan semua stesen serta bayaran kepada kreditor perdagangan.

CIMB juga meminta mahkamah memberi kuasa kepada likuidator itu untuk mengekalkan dan mengendalikan mana-mana akaun bank, untuk membuat sebarang kompromi atau perjanjian dengan kreditor serta untuk mengadakan sebarang perbincangan atau perjanjian bagi pihak Putra LRT yang termasuk dan tidak terhad kepada pelupusan atau jualan semua aset Putra LRT.

Sebagai menyokong permohonannya bagi pelantikan likuidator itu, syarikat berkenaan berkata Putra LRT membekalkan perkhidmatan penting kepada masyarakat tempatan dan perniagaannya patut dikekalkan bagi pengambilalihan aset-aset oleh Kerajaan dan jualan hak-hak syarikat-syarikat itu.

Di mahkamah hari ini, peguam Putra LRT Karen Wilfred memberitahu bahawa beliau tidak membantah petisyen penutupan itu.

CIMB, dalam petisyen itu, mendakwa bahawa Putra LRT berhutang dengannya sebanyak RM1,158,332,666.82 yang termasuk semua faedah di bawah perjanjian pinjaman bertarikh 23 Okt, 1996 yang dipersetujui antara kedua-dua syarikat itu.

CIMB mendakwa ia telah menghantar sepucuk surat tuntutan kepada Putra LRT menerusi peguamcaranya Tetuan Adnan Sundra & Low yang menuntut sejumlah RM151,938,612.88 tetapi Putra LRT gagal membayar atau menjelaskan jumlah itu atau sebahagian daripadanya.

Ia mendakwa bahawa Putra LRT, menerusi dua surat bertarikh 24 Dis tahun lepas mengakui tentang pinjaman itu, kepada CIMB dan Kementerian Pengangkutan.

CIMB memohon supaya mahkamah menutup Putra LRT di bawah peruntukan Akta Syarikat 1965 dan meminta supaya mahkamah melantik likuidator dan kos petisyen itu ditanggung oleh aset-aset Putra LRT.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.