saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/05/2002

TPM: Jualan saham TRI kes khusus

ABDULLAH AHMAD BADAWI memasukkan plug tanda pelancaran Solar Powered Network di Bangunan Enterprise 4, Taman Teknologi Malaysia (TPM), Kuala Lumpur, semalam.


Oleh:JOHARDY IBRAHIM
KUALA LUMPUR 30 April - Tindakan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd. (Danaharta) menjual kepentingan Tan Sri Tajudin Ramli dalam syarikat-syarikatnya bukan untuk dijadikan satu kes contoh untuk tindakan yang dikenakan terhadap syarikat-syarikat lain, kata Datuk Seri Abdulah Ahad Badawi.

``Ini adalah kes specific (khusus). Bukan satu tindakan yang mahu dijadikan contoh atau akan disambung dengan tindakan lain yang melibatkan syarikat lain,'' katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, apa yang berlaku adalah hal yang berkaitan dengan Technology Reources Industries Bhd. (TRI) dan hutang Tajudin yang tidak dibayar serta betapa perlunya Danaharta mendapatkan semula pinjaman.

Beliau berkata, ia merupakan satu tindakan yang dilakukan oleh Danaharta mengikut peraturan-peraturan.

``Inilah kemuncaknya (pengambil alihan saham Tajudin dalam TRI oleh Telekom Malaysia). Bermula dengan tindakan Tajuin mengambil tindakan mahkamah,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan TPMNet dan Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Taman Teknologi Malaysia di sini hari ini.

Pada Mac lalu, Mahkamah Tinggi menolak petisyen Tajudin untuk menghalang Danaharta menjual sahamnya dalam TRI dan Naluri yang disandarkan kepada bank.

Ia bagi mendapatkan pinjaman membeli 32 peratus kepentingan dalam syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sebelum diambilalih untuk dipulihkan oleh Danaharta, ekoran krisis ekonomi.

``Dan inilah akhirnya tindakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi antara Tajudin dengan Danaharta,'' ujar beliau.

Bagaimanapun, kata Abullah, yang membimbangkan beliau sebelum ini ialah jika saham TRI dikuasai oleh kepentingan luar negara.

``Tetapi kerana Telekom Malaysia yang mengambil alih saham itu, tak apalah,'' jelasnya lagi.

Ditanya jika ada kepentingan luar berminat membuat tawaran, apakah kerajaan memberi pertimbangan, Abdullah berkata: ``Kita lebih suka memberi pertimbangan kepada cadangan-cadangan yang datang dari syarikat negara kita sendiri yang berkemampuan.''

Semalam, Telekom Malaysia membeli kepentingan Tajudin dalam TRI daripada Danaharta melibatkan 260.87 juta saham TRI atau 13.14 peratus dibuat melalui anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia, Telekom Enterprise Sdn. Bhd. (TESB) secara tunai dengan harga RM717 juta atau RM2.75 sesaham.

TRI juga adalah syarikat yang menguasai Celcom (Malaysia) Bhd. (Celcom), syarikat perkhidmatan telekomunikasi selular kedua terbesar di negara ini.

Selain TRI, tokoh korporat itu juga bakal kehilangan pegangan sebanyak 44.84 peratus atau 309.65 juta saham dalam Naluri Bhd. (Naluri) yang memiliki 4.57 peratus dalam TRI, ekoran langkah Danaharta menjual kepentingan itu secara tawaran tender.

Menurut Danaharta, penjualan kepentingan TRI dan Naluri dibuat selepas Tajudin gagal membayar RM130.44 juta kepada Danaharta yang dipinjam untuk melanggan terbitan hak TRI yang diperuntukan kepada tokoh korporat itu.

``Sehubungan itu, Danaharta menguatkuasakan haknya untuk menghalang tebus saham-saham tersebut yang digadaikan sebagai cagaran kepada pinjaman Tajuin,'' kata Danaharta.

Kegagalan Taudin memulihkan kemungkaran pinjaman turut menyebabkan semua insentif pembayaran balik pinjaman yang diberikannya menerusi Perjanjian Pelunasan Pinjaman bertarikh 8 Oktober 2001 dengan Danaharta ditarik balik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.